SEJAK lebih setahun lalu, pasukan produksi SinarPlus memilih Juliana Ramle sebagai pengacara bagi program signatur kami iaitu DNA (Doktor & Anda) dan Borak Bibir Merah.

Sepanjang berurusan dengannya, beliau tidak pernah menimbulkan masalah dan kekal dengan disiplin yang tinggi. Orangnya juga ramah dan berbudi bahasa.

Berdasarkan portfolio, kerjaya Juliana atau mesra disapa Jue bermula di Astro Awani sebelum berhijrah ke NTV 7.

Kemudian empunya diri melangkah ke hadapan menjadi pengacara dalam satu rancangan membeli-belah terkemuka, Go Shop. Kepada kalian yang pernah menonton program itu, kepetahannya mempromosi barangan memang mengujakan.

juliana ramle

Mungkin ramai berpandangan, wanita ligat berkenaan sudah menanam cita-cita untuk menjadi seorang selebriti televisyen sejak kecil.

Namun, saat ditebak soalan itu, Jue dengan jujur berkata, ia tiada langsung dalam senarai cita-citanya. Senang cerita, beliau tidak terfikir langsung!

“Kalau tanya apa cita-cita saya sebelum ini, memang saya akan cakap mahu menjadi doktor, peguam, saintis atau guru kerana memikirkan ia satu kerja tetap dan menjamin masa depan.

Baca juga Daripada penyelidik kepada pengacara, transisi kerjaya Fiza Frizzy beri inspirasi

“Saya juga fikir mahu cari kerja yang ada potongan KWSP supaya ada simpanan pada hari tua. Itu bermakna, saya langsung tak pernah berangan untuk berada di depan kaca televisyen untuk membaca berita atau menjual barang,“ ceritanya mengimbau kenangan silam.

juliana ramle

Kita boleh merancang itu dan ini, namun ALLAH SWT sebaik-baik perancang. Cerita Jue, pada umur 19 tahun, beliau diajak untuk menghadiri satu uji bakat. Ketika itu, dirinya hanyalah seorang kerani di Astro Awani sebaik menamatkan pengajian di Kolej Cosmopoint, Kuala Lumpur.

“Bos saya pada masa itu yang minta saya cuba uji bakat sebagai pengacara program hiburan, punyalah cuak, habis menggigil satu badan. Namun, saya beranikan diri untuk mencuba. Tidak sangka pula boleh lepas dan saya menjadi pengacara paling muda ketika itu,“ kongsi graduan dalam bidang kesetiausahaan itu.

Baca juga Disebabkan niat untuk berkawan, Rasyidah pilih mendapat pendidikan di SJKC demi menguasai bahasa Mandarin

Maka, bermulalah transisi baharu dalam dirinya. Meskipun terlalu ‘hijau‘, Jue akui banyak belajar daripada pasukan senior yang berpengalaman di Astro Awani.

Untuk beberapa ketika, beliau pernah memperlahankan karier dan berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga.

juliana ramle

Pun demikian, ibu kepada dua cahaya mata itu tetap meneruskan kerja-kerja sambilan, di samping membuat rebiu produk berbayar.

“Selepas anak sudah besar, saya kembali bekerja dan terima tawaran sebagai penyampai berita di NTV7 untuk tempoh setahun sebelum terlibat secara langsung dalam rancangan GoShop.

Baca juga 'Ketua Cef' dah pergi buat selama-lamanya, Sean terkenang kemanisan sambut Tahun Baharu Cina

“Mungkin sudah jiwa di situ, kepuasan bercakap dan mengacara membuatkan saya lebih yakin dengan diri sendiri. Sebab itu, kalau ada tawaran yang sesuai, memang saya akan rebut,“ katanya.

Cinta mummy & abah

Di sebalik keceriaan wanita berusia 34 tahun itu, tersemat kisah yang cukup menusuk kalbu. Kesedihan yang ditanggungnya turut dirasai oleh pasukan produksi DNA dan Borak Bibir Merah.

Pada tahun lalu, Jue kehilangan ibu tercinta, Norsima Kaur Abdullah yang menderita penyakit kanser paru-paru. Ia disusuli dengan pemergian ayah tersayang,Ramle Md Isa.

juliana ramle

Apabila secara tidak sengaja menyentuh perihal ibu dan bapa, suaranya tiba-tiba bertukar menjadi layu.

“Ya, sampai sekarang pun saya masih terbayang-bayangkan kelibat mummy dan abah. Rindu hati ini memang tak tertahan, namun anak-anaklah yang banyak memberi sokongan.

Baca juga 'Saya terkilan apabila ramai mengatakan saya bergantung hidup dengan Faizal Tahir sepenuhnya'-Luahan hati Anas

Iklan

“Kadang-kadang pada satu tahap, saya boleh menangis sendiri selama tiga jam apabila teringat semula kenangan lama bersama mereka.

"Memang betul, pemergian mummy dan abah memberi impak cukup besar dalam hidup ini. Separuh jiwa saya dah hilang,“ ujarnya dengan nada lemah.

juliana ramle

Tidak ada masalah untuk berkongsi tentang penyakit arwah ibu, ujar Jue, cinta hatinya itu disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4 pada tahun 2019.

“Kami memang terperanjat besar, saya rasakan dunia ini terlalu gelap. Lebih menakutkan apabila doktor memaklumkan mummy hanya ada tiga bulan sahaja lagi untuk hidup. Ketika menerima perkhabaran itu, saya sebenarnya sedang dalam proses rakaman untuk program SinarPlus.

Baca juga Daripada pemain bola jaring kebangsaan dan pengacara sukan, Fariha kini teruja bergelar penyanyi

“Saya serta-merta nekad untuk berhenti kerja kerana mahu menjaga mummy. Lagipun ketika itu juga negara sudah dilanda pandemik Covid-19, jadi demi mummy, saya sanggup berbuat demikian,“ kata anak sulung daripada dua beradik itu.

juliana ramle

Sesungguhnya, rezeki memang ada di mana-mana. Sedang bercuti seketika daripada kerjaya tetap, Jue masih dilimpahi dengan tawaran melakukan kerja sambilan. Itulah yang dikatakan berkat menjaga ibu dengan hati yang luhur dan ikhlas.

Sambil mengiakan kata-kata penulis, beliau memberitahu, dirinya mampu terus survival sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Baca juga Khai Bahar akui sunyi hidup sendirian, namun tidak rancang untuk berkahwin dalam masa terdekat

“Ya, saya percaya itu semua (keberkatan). Masa yang tersisa, saya gunakan sebaiknya dengan membawa mummy ke hospital untuk menjalani rawatan. Saya juga gembirakan hatinya dengan mengajak mummy menikmati makanan yang sedap-sedap,“ imbasnya.

Seperti yang telah tersurat sejak di lohmahfuz, ibu Jue meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya pada 6 Mei tahun lalu.

Iklan

juliana ramle

Kesedihan beliau bagaikan tidak bernoktah apabila bapa tersayang pula dijemput ILAHI tiga minggu selepas itu akibat sakit jantung.

“Cinta sejati mummy dan abah nampaknya membawa mereka bersama-sama. Memang belum puas untuk menjaga mummy dan abah, namun ALLAH lebih sayangkan mereka,“ tuturnya dengan nada sebak.

Kesedaran

Kisah pilu di antara mummy dan abahnya, telah membuka mata Jue bahawa penjagaan kesihatan bukan satu hal yang boleh dikompromi.

“Sebagai contoh kes mummy, meskipun dia selalu buat pemeriksaan kesihatan, kadang-kadang terlepas pandang juga. Sebab itu pentingnya pemeriksaan badan menyeluruh dibuat sekurang-kurang setahun sekali.

“Saya sendiri pun kena sentiasa peka dengan keadaan diri kerana bimbang ada sejarah kanser dalam keluarga. Pun begitu, jangan biarkan sesekali kita berada dalam keadaan tertekan kerana stres boleh mencetuskan penyakit yang tidak diduga,“ katanya.

juliana ramle

Beritahu Jue lagi, program DNA yang dikendalikannya sejak lebih setahun lalu merupakan satu platform terbaik membicarakan soal kesihatan.

“Segala maklumat yang dikongsikan dalam DNA, sangat bermanfaat kepada penonton. Misalnya, saya lihat ramai yang ambil mudah mengenai penyakit jantung, sedangkan ia sangat bahaya dan boleh membawa maut.

"Hal ini cukup terkesan kepada saya kerana abah saya meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

“Jadi, nasihat saya, rutin pemeriksaan atau saringan kesihatan kalau boleh dilakukan secara berperingkat supaya langkah pencegahan boleh dilakukan lebih awal,“ syornya.

juliana ramle

Jue menambah, adakalanya masa untuk diri sendiri (me time) juga amat penting untuk seseorang menenangkan fikiran dan membebaskan diri daripada sebarang kemelut yang melanda.

“Bagi saya, me time itu boleh mengecaj semula aura positif kita. Kalau boleh, rancanglah percutian bersama kawan-kawan yang 'sekepala' yang boleh membantu kita menghilangkan penat bekerja. Insya-ALLAH, minda kita akan lebih segar,“ katanya yang menjadikan hobi membeli-belah dan melancong sebagai terapi diri sendiri.

Suplemen tambahan

Selain itu, pencinta sukan lasak itu memberitahu, beliau juga mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari.

Sebagai ibu kepada dua cahaya mata comel, Risqi Khan, 8, dan Ariana Rose, 6, Jue boleh dikatakan memiliki tubuh seperti anak dara.

Tertawa sebaik pujian itu diucapkan, wanita tersebut berkata, beliau turut mengambil suplemen tambahan bagi memastikan penampilannya di layar kaca tampak anggun, segar dan berkeyakinan.

juliana ramle

“Saya memang akan ambil vitamin C dan lain-lain vitamin untuk keperluan diri sejak berusia 20-an lagi.

“Sebut apa sahaja vitamin penting, semua ada dalam poket. Saya percaya, selain makanan sihat, suplemen tambahan juga antara kriteria utama untuk keperluan tubuh badan lebih-lebih pada era pandemik Covid-19,“ ujarnya yang turut mengamalkan minuman detoks dan campuran cuka serta madu setiap hari.

Bercakap mengenai senaman, rupa-rupanya bukan berbasikal atau berjoging yang dipraktikkan, sebaliknya beliau lebih suka mengemas rumah!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

 

juliana ramle

Bunyinya agak lucu, namun itulah kaedah yang diguna pakai wanita yang memiliki berat 60 kilogram (kg) tersebut untuk mengeluarkan peluh.

“Memang benar, dulu berat badan saya mencecah 100kg, kini saya dapat mengekalkan tubuh ideal yang diinginkan.

“Jika sebelum pandemik, memang saya minat untuk mendaki gunung dan bukit serta bermain futsal, namun kekangan itu membuatkan saya lebih banyak masa di rumah. Di rumah pun boleh keluarkan peluh ya,“ kongsinya seraya tertawa.