DALAM memberikan rawatan kepada pesakit warga emas, Brazil secara tidak sengaja menemui manusia tertua di dunia.

Ia berlaku selepas seorang doktor merawat seorang wanita berusia 121 tahun yang terlantar di kediaman.

Penemuan mengejutkan itu disedari apabila pasukan perubatan tiba di kediaman Gomes dos Reis.

Gomes dos Reis didakwa lahir pada 16 Jun 1900 mengikut sijil kelahirannya. Menurut saluran berita Brazil, G1, wanita itu masih tinggal di kampung halaman tempat dia dilahirkan.

Difahamkan kesemua anak warga emas berkenaan telah meninggal dunia menyebabkan dia kini tinggal bersama cucu perempuannya, Célia Gomes.

Baca juga: Wanita tertua di dunia meninggal dunia pada usia 119 tahun. Ini fakta menarik tentang Kane Tanaka

Menurut Celia, lapan tahun lalu neneknya seorang yang aktif sebelum terlantar.

Ketika itu Gomes masih berupaya menyediakan makanan dan mencuci pakaian sendiri. Pendek kata, wanita itu masih berupaya menjaga dirinya sendiri pada usia 113 tahun.

"Kami tahu dia sudah lanjut usia. Apa pun kami bangga nenek kini manusia yang tertua di dunia,” ujar Celia.

Cicit perempuan Gomes, Vitória Stefani dan Ivanilde Gomes turut bergilir-gilir membantu menyediakan keperluan harian moyang mereka.

Iklan

Baca juga: Wanita tertua di dunia masih minum Coca-Cola pada usia 119 tahun! Ini fakta menarik lain tentang beliau

Sijil kelahiran Gomes menunjukkan tahun kelahirannya 1900.

Walaupun terlantar, Gomes masih sedar. Dia bagaimanapun dikatakan sudah banyak terlupa, malah ingatannya mula lemah.

“Dia masih sedar tentang banyak perkara dan bercakap dengan kami. Kadang-kadang dia lupa siapa dirinya. Sekarangoyamg lebih kerap tidak ingat,” kata Vitória.

Iklan

Gomes yang mempunyai 13 cicit dan enam piut sentiasa menggalakkan generasi baru keturunanya belajar bersungguh-sungguh.

“Nenek selalu mengingatkan agar kami belajar, tidak leka dan tekun.

“Jika hari ini saya berjaya menamatkan pengajian, ia adalah berkat dorongan daripada moyang saya,” kata cicit Gomes, Ivanilde.

Menurut Rekod Dunia Guinness, manusia tertua di dunia ialah Lucile Randon yang hidup sehingga 118 tahun. Randon dilahirkan pada 11 Februari 1904.

Kad pengenalan Gomes

Randon menggantikan Kane Tanaka, 119 tahun, dari Jepun, dalam daftar penyimpanan rekod selepas kematiannya pada 19 April lalu.

Difahamkan, untuk mengesahkan Gomes dos Reis dalam senarai manusia tertua dunia, keluarga wanita itu perlu membayar 4,000 reais Brazil iaitu sekitar RM3,458.

Selain itu, mereka perlu menyediakan dokumen sah yang membuktikan umur Gomes kepada pihak Guinness.

Baca juga: Samm, kucing 26 tahun diiktiraf tertua di dunia

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI