Berbaloi sangat, beli emas tahun 1980 harga RM662, jual semula untung lebih RM5K

October 22, 2021
Oleh Azma ML

WANITA dan barang kemas tidak dapat dipisahkan. Bukan sahaja indah dipakai, ia malah dikatakan memberikan aura awet muda kepada pemakai.

Tidak sekadar itu, emas juga berbaloi untuk dimiliki. Indah berkilau menjadi perhiasan diri, emas adalah pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan pemilikya.

Seorang wanita yang juga pengguna TikTok, Diyah_Hasyim dari Indonesia berkongsi berkenaan keuntungan yang diperoleh oleh seorang lelaki yang menjual seutas rantai tangan emas yang dibelinya 40 tahun lalu.

Menurutnya, rantai tangan berkenaan dibeli pada tahun 1980 dengan harga Rp 2,250 (RM662). Harga tersebut dibuktikan dengan resit asal daripada pemilik.

Difahamkan ketika membelinya pada tahun 1980, harga bagi setiap gram emas hanya Rp 70 ribu (anggaran RM20.60).

Namun apabila dijual semula pada tahun 2021 dengan harga Rp 20 juta (RM5,894), lelaki berkenaan meraih keuntungan sebanyak RM5,523!

@diyah_hasyimbaru beli .pas di jual mau nya naik .jngn salah paham iya guys kita trima emas ada pasaran emas nya##masukberanda ##fypdongggggggg ##fypシ ##YangPentingLakuin♬ Wolfgang Dance - DUTCH N3VER DIE!!!!

Iklan

Video berdurasi 20 saat itu meraih 2.8 juta tontonan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Kebanyakannya tidak percaya nilai emas sebegitu murah pada 40 tahun lalu. Malah tidak kurang juga mencadangkan untuk membeli emas dalam bentuk bar sebagai pelaburan.

Iklan

 

Baca juga: Nelayan Bakal Bergelar Jutawan Segera, Jumpa ‘Emas Terapung’ RM5 Juta

Pun begitu, ramai yang berpendapat barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan atau simpanan berbanding jenis bar.

Ini kerana harga setiap gram emas lebih mahal, malah kos upah dan susut nilainya tinggi.

Baca juga: Bill Gates Terima Menantu Muslim, Atlet Ekuestrian Mesir, Berikut 5 Fakta Mengenainya

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok Diyah Hashim