MUNGKIN ramai yang mengidamkan untuk memiliki produk daripada syarikat teknologi Tesla yang berharga ratusan ribu ringgit.

Terbaru, syarikat gergasi teknologi itu menjual wisel pula.

Baca juga: Kenali 5 Trak Ekstrem Paling Canggih Di Dunia, Nombor 3 Memang Power

Foto produk terbaru produk yang dinamakan Tesla Cyberwhistle mula berada di pasaran  pada 1 Disember.

Wisel besi berharga AS$50 (bersamaan RM210.72) dikongsikan oleh CEO Tesla, Elon Musk di Twitter.

Manusia terkaya di dunia itu membuat ciapan di Twitter berkenaan produk terbaru yang boleh dikatakan paling murah dari Tesla.

Dalam ciapannya, Musk turut berkongsi pautan ke halaman rasmi produk berkenaan.

 

Iklan

Sejurus selepas menyiarkan tentang Tesla Cyberwhistle, Musk menggesa pengguna Twitternya supaya tidak membazir wang membeli Apple Cloth yang dijual syarikat pencabarnya, Apple. Sebaliknya warga maya perlu pertimbangkan untuk membeli wisel jenama syarikatnya.

Iklan

Baca juga:  Manusia diramal bakal menghuni ruang angkasa, Bumi bakal jadi 'planet percutian'

Percaya atau tidak, selepas ciapan Musk, wisel berjenama itu habis terjual dalam masa beberapa jam sahaja.

Menurut halaman produknya di laman web Tesla, Tesla Cyberwhistle adalah koleksi premium edisi terhad yang diperbuat daripada keluli tahan karat gred perubatan.

Tesla Cybertruck.

Reka bentuk wisel berkenaan hampir menyamai Tesla Cybertruck.

Begitulah apabila sesuatu jenama mempunyai pengaruh yang kuat di pasaran, walaupun ia hanya wisel tetap menjadi rebutan.

Baca juga: 5 Kenderaan Tanpa Pemandu, Teknologi Canggih Pemanduan Automatik Jadi Trend

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: India Times