TENTU ramai yang suka reka letak dan hiasan dalaman bilik pameran IKEA. Ia membuatkan korang terpesona dengan perabot yang dan berasa seolah-olah berada di rumah.

Namun di utara Denmark, bilik pameran Ikea bertukar menjadi bilik tidur yang luas apabila enam pelanggan dan kira-kira 24 pekerja terkandas dalam bencana ribut salji di negara itu.

Salji yang turun setebal 12 inci menyebabkan mereka terperangkap ketika gedung membeli-belah di Aalborg itu ditutup pada petang Rabu.

Baca juga: Kala jengking ‘mengganas' di Mesir, 3 meninggal dunia, ratusan digigit selepas ribut petir

Pekerja dan pelanggan bermalam di dalam bilik pameran dan tidur di atas katil yang biasanya dipamerkan.

"Kami tidur di pameran perabot dan bilik pameran kami di tingkat satu, di mana kami mempunyai katil, tilam, dan katil sofa," kata pengurus kedai Peter Elmose kepada tabloid Ekstra Bladet.

Iklan

Tuturnya, mereka yang terperangkap bebas memilih katil yang ingin dicuba selama ini.

Elmose berkata mereka menghabiskan waktu malam itu menonton televisyen dan makan.

Tambahnya, walaupun sedang terperangkap, ia berjalan dengan baik dan menyeronokkan.

Baca juga: Cantik, unik, 10 foto Copenhagen ibu kota senibina dunia

Iklan

 

Penyiar awam Denmark DR berkata pekerja kedai mainan bersebelahan  juga bermalam di gedung serbaneka itu.

"Ia jauh lebih baik daripada tidur di dalam kereta sendiri. Ia adalah menyenangkan dan hangat, dan kami gembira kerana mereka akan membenarkan kami masuk," kata Michelle Barrett, salah seorang kakitangan kedai mainan.

"Kami hanya ketawa melihat keadaan itu kerana ia tidak mungkin akan berulang," tambah Barrett.

Baca juga: Lahir Di Denmark, Keeper KL City, Kevin Ray Mendoza Hansen Jadi Sebutan Ramai

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Insider

Foto: Daily Mail