Hilang selepas hiking, misteri kematian pasangan suami isteri, anak dan haiwan peliharaan akhirnya terjawab

kematian misteri
October 23, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

KEHILANGAN orang tersayang pastinya membuatkan setiap ahli keluarga bersedih, apatah lagi punca kematian mereka masih menjadi misteri.

Bukan seorang, tetapi kes maut yang melibatkan pasangan suami isteri bersama seorang anak yang masih kecil dan anjing peliharaan mereka membuatkan ramai tertanya-tanya.

Kisah pengajar yoga, Ellen Chung, 30, dan suaminya, John Gerrish, 45, bersama anaknya, Miju yang berusia setahun menerima liputan hangat di Mariposa, California, Amerika Syarikat baru-baru ini.

kematian misteri

Mana tidaknya, mereka dilaporkan hilang sejak 16 Ogos itu selepas disedari rakan sekerja Gerrish apabila pemuda tersebut dikesan tidak log on di SnapChat.

Gerrish yang sebelum ini bekerja sebagai jurutera software di Google dikatakan tidak melapor diri untuk jawatan baharu di SnapChat, telah membuatkan rakan sekerja tidak senang duduk sebelum laporan polis dibuat.

Bca juga Hanya kerana kotorkan seluar, budak 4 tahun dibunuh kejam oleh ibu sendiri!

Misteri kehilangan keluarga tersebut juga diperkuatkan lagi dengan dakwaan pengasuh Miju yang datang untuk bekerja, namun rumah tersebut kosong.

Lapor buzzfeednews.com, misi mencari dan menyelamat dijalankan pada 17 Ogos lalu di kawasan laluan mendaki, Hite Cove Trail yang dikenali dengan nama The Devil’s Gulch yang terletak di Central California.

kematian misteri

Malangnya, mayat pasangan tersebut bersama bayinya dan anjing peliharaan ditemui pasukan penyelamat di sebuah laluan mendaki di pergunungan terpencil iaitu kira-kira 1.6 kilometer dari jarak kenderaan dipercayai milik mangsa di pintu masuk Hutan Negara Sierra tersebut.

Pun begitu, apa yang menjadi persoalan apabila kesemua mangsa ditemui tanpa sebarang kecederaan atau tanda trauma. Malah, tiada kesan serangan haiwan liar sekalipun.

Iklan

Baca juga Sayunya, isteri sarat mengandung maut dilanggar pemandu mabuk, lelaki ini rakam kenangan semula selepas setahun

Ramai yang mengandaikan mereka terkena petir ketika mendaki, malah terdapat juga dakwaan kematian berpunca daripada kebocoran gas karbon monoksida kerana berhampiran kuari terbiar.

Tidak kurang juga yang menuduh pasangan itu bunuh diri.

kematian misteri

Selama lebih dua bulan, kematian mereka yang masih diselubungi 1,001 tanda tanya itu membuatkan ahli keluarga menuntut pengadilan sewajarnya.

Iklan

Pun begitu, lapor portal itu baru-baru ini, pihak berkuasa Mariposa memaklumkan punca kematian keluarga malang itu disebabkan hipertermia akibat haba panas melampau.

Baca juga Sedih...anak mithali selamatkan ibu diperkosa, tetapi dibunuh secara brutal oleh pelaku

Memetik kenyataan Sheriff Jeremy Briese, keputusan bedah siasat mendapati kesemua mangsa meninggal dunia kerana hipertermia dan kemungkinan berlakunya dehidrasi teruk.

Malah anjing peliharaan pasangan tersebut juga menunjukkan kesan kematian yang sama.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar beriadah dan mendaki laluan berbukit berhampiran kawasan kediaman mereka dengan hanya berbekal sebotol air 2.3 liter sahaja.

kematian misteri

“Keadaan ini cukup tragis dan malang disebabkan faktor cuaca panas yang dilaporkan ketika itu setinggi 42.7 darjah celsius,” katanya.

Pasangan tersebut dikatakan berhijrah dari San Francisco ke Mariposa pada tahun lepas ketika pandemik Covid-19 melanda dan turut membeli beberapa hartanah di kawasan berhampiran termasuk Hite Cove Trail.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Rata-rata kenalan rapat mangsa memberitahu, pasangan suami isteri itu menyimpan impian untuk membesarkan anak kesayangan mereka di kediaman yang dekat dengan alam semula jadi terutamanya di kawasan pergunungan dan jauh dari kota.

Moga insiden malang itu menjadi pengajaran dan iktibar buat semua. #kitalaluibersama #kitajagakita

 

About Arziana Mohmad Azaman