HAIWAN peliharaan yang sering menjadi pilihan selalunya yang comel dan manja seperti kucing dan anjing.

Namun ada juga yang membela haiwan eksotik seperti cicak tokek, ular dan iguana. Akan tetapi, jarang kita mendengar keluang dijadikan haiwan peliharaan.

Baru-baru ini video yang memaparkan seorang wanita membawa seekor kelawar besar atau dikenali sebagai keluang.

Video dikongsikan pengguna TikTok Siva-Lon itu menerima lebih 34 juta tontonan dalam tempoh 24 jam!

Awalnya ramai yang menyangka dia membawa beg tangan semasa berjalan di atas sebatang jalan.

Namun tidak lama kemudian haiwan tersebut dilemparkan ke udara dan terbang dan video dipaparkan secara slow motion.

Ia menyebabkan warga maya menonton beberapa kali kerana menyangka ia hasil suntingan.

- “Ingatkan bawa beg tangan. Tiba-tiba terbang.”

- “Kelawar faham the assignment.”

- “Hebat kak, kalau saya nak pegang pun takut.”

@care1233 #disponsori #🦇 ♬ suara asli - LON🥚 - Siva-LON🥚

Iklan

Menurut pemiliknya, keluang tersebut dinamakan Moy. Malah turut dipaparkan video haiwan itu memakan gula-gula lolipop.

@care1233 #disponsori Balas @asc205 #voiceeffects #disponsori #🦇 ♬ suara asli - Siva-LON🥚

Keluang atau dikenali sebagai Giant Bats merupakan sejenis binatang mamalia yang hanya keluar pada malam hari dari kumpulan haiwan yang dinamakan Chiroptera.

Ia juga merujuk kepada haiwan mamalia dalam keluarga haiwan kelawar dipanggil Pteropodidae.

Iklan

Di Malaysia, keluang lazimnya digunakan bagi merujuk kepada spesies khusus Pteropus vampyrus.

Ia haiwan berdarah panas, dalam kumpulan kelas mamalia. Sebagaimana haiwan mamalia lain, keluang membiak cara beranak.

Ukurannya berkali ganda lebih besar berbanding kelawar biasa. Malah panjang antara hujung sayap dengan hujung sayap boleh mencecah kira-kira 0.5 meter hingga 1.0 meter.

Ramai menganggap kelawar dan keluang mempunyai sifat sama.Hakikatnya dua haiwan ini amat berbeza.

Tabiat keluang berbeza dengan kelawar. Jika kelawar keluar pada waktu malam, keluang pula keluar pada waktu pagi.

Sifat keluang mencari makan sama dengan burung yang mana keluar waktu pagi dan pulang ke sarang pada waktu petang.

Makanan utama keluang ialah buah-buahan. Sedangkan kelawar pula memakan serangga.

Pada tahun 2018, sekeping gambar memaparkan seekor keluang kononnya bersaiz manusia tidur menjadi tular. Sayapnya dikatakan berukuran lebih satu meter! Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Filipina.

Sumber: TikTok Siva-Lon, NDTV