SIAPA sangka jam boleh membantu menyelamatkan nyawa pemiliknya?

Baru-baru ini teknologi pada smartwatch Apple Watch telah menyelamatkan nyawa pemiliknya.

Jam yang dipakai seorang pemuda, Muhammad Fitri, 24, secara automatik meminta pertolongan cemas ketika dia menjadi mangsa kemalangan.

Dalam kemalangan terbabit, motosikal ditunggang Fitri bertembung dengan sebuah van di Ang Mo Kio, Singapura.

Kemalangan langgar lari yang berlaku malam Sabtu lalu menyebabkan Fitri terjatuh dan tidak sedarkan diri seketika.

Baca juga Banyaknya Kelebihan Basikal Lipat, Patutlah Jadi Trend Pilihan Ramai

Apple Watch yang dipakai Fitri mengesannya telah terjatuh teruk dan segera menghantar mesej ke kontak kecemasan termasuk teman wanita Fitri. Jam itu juga secara automatik mendapatkan bantuan ambulans.

Menurut laporan akhbar Wanbao, terdapat beberapa pejalan kaki berdekatan menceritakan apa yang berlaku. Kemudian barulah teman wanita dan keluarganya mengetahui bahawa smartwatch itulah yang menghubungi mereka.

Iklan

Keluarga Fitri sangat berterima kasih kepada teknologi berkenaan kerana fungsi tersebut menyelamatkan nyawa pemuda itu.

Keluarga Fitri mencari saksi kejadian bagi membantu siasatan.

Tambahan pula, jalan yang terletak di utara Singapura tersebut lengang pada waktu itu dan kemungkinan besar ia tidak disedari orang ramai.

Andainya peranti tersebut tidak menghubungi kontak kecemasan dan ambulans, Fitri mungkin lewat diselamatkan.

Iklan

Baca juga Jam Tangan Celoreng Perdana Menteri Raih Perhatian Ramai, Rupanya Jenama Submarine

Apple Watch Series 4 atau model yang lebih baru berupaya mengesan pemiliknya terjatuh semasa memakainya.

Ia mengetuk pergelangan tangan, membunyikan penggera dan memaparkan amaran.

Korang boleh memilih untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan atau menolak amaran memilih tetapan ‘Close’ sudut kiri atas atau memilih "I am OK."

Bagaimanapun, jika pengguna tidak bergerak sekurang-kurangnya seminit, peranti tersebut secara automatik akan memanggil ‘emergency contacts’ atau senarai kontak kecemasan dan menghantar mesej kepada mereka. Ia juga akan memanggil bantuan ambulans.

Beberapa smartwatch mempunyai fungsi seperti ini termasuk Samsung Galaxy Watch 3 dan beberapa model Garmin Watch.

Fungsi hebat yang mampu menyelamatkan nyawa seperti yang ada pada Apple Watch ini adalah teknologi yang bermanfaat. Tidak hairanlah harganya agak mahal namun berbaloi dimiliki.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Mothership, Mac Daily News