Nekad kahwin lagi, sanggup palsukan sijil kematian isteri

Digantung tidak bertali
November 26, 2021
Oleh Faezah Muda

PUNYALAH nekad! Seorang lelaki yang telah beristeri sanggup lakukan apa saja untuk berkahwin lagi.

Lebih kejam apabila sanggup mengatakan isteri yang sedia ada sudah pun meninggal dunia.

Inilah yang berlaku iaitu seorang lelaki di daerah Badung, Bali, Indonesia telah memalsukan sijil kematian isterinya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lelaki berusia 56 tahun itu juga didapati memalsukan kad pengenalan dan kad keluarga bagi membolehkan dia bernikah dengan wanita pilihan hati.

Menurut pihak berkuasa Bandung, perbuatan lelaki itu dibantu oleh Ketua Pejabat Agama Daerah Petang.

Iklan

Kes itu bermula pada 2019 selepas lelaki itu bertemu dengan ketua pejabat agama tersebut untuk memintanya mengeluarkan sijil kematian palsu isterinya untuk berkahwin lagi.

Nekad kahwin lagi sanggup palsukan sijil kematian isteri

Ketua Peguam Negeri Bandung I, Ketut Maha Agung berkata, isteri lelaki itu masih hidup dalam keadaan sihat sehingga kini.

Iklan

Ujarnya, selepas semua dokumen dipalsukan, ketua pejabat agama itu menikahkan lelaki tersebut dengan kekasihnya dan dia menerima ganjaran berupa wang tunai bernilai 1.5 juta rupiah (RM443).

Baca juga 4 cabaran dianggap 'gila' di China, pinggang saiz A4 antaranya

Namun tidak lama selepas itu, isteri suspek mengetahui perbuatan suaminya dan terus melaporkan perkara itu kepada polis.

Sehubungan itu, suaminya serta ketua pejabat agama tersebut ditahan untuk siasatan dan jika didapati bersalah, kedua-duanya boleh dipenjara selama lapan tahun.

Aduhai lelaki! Apapun sanggup buat ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *