SINAR PLUS 24 OKTOBER 2021

October 24, 2021
Oleh Nurul Fadila Awaludin

LAGU Teman membuatkan nama Iman Troye melonjak-lonjak dan membuatkan dirinya menyerlah berbanding beberapa BBNU yang lain.

Mungkin kerana memiliki pakej lengkap sebagai seorang penghibur, Iman atau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin bukanlah seorang yang gemar mencari publisiti di sebalik kontroversi.

Ujar selebriti berusia 19 tahun itu, kisah pertunangan yang menjadi gurauannya dengan penyanyi Naim Daniel baru-baru ini bukanlah semata-mata ingin mengejar populariti. Ia tidak lebih sekadar usikan di antara abang dan adik.

Iman menyusun 10 jari memohon maaf andai ada terkesan dengan perkhabaran itu dan enggan memanjangkan hal remeh berkenaan.

Iklan

Meskipun menafikan perkara pertunangan tersebut, beliau tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan jejaka sealiran dengan dirinya.

Apa kriteria lain yang ditetapkan oleh Iman kepada bakal imamnya? Mengapa Iman dilihat jarang berkongsi kisah peribadi keluarganya dalam media sosial? Apa yang terjadi selepas Iman berjumpa dengan pengacara terkenal, Jihan Muse?

Iklan

Ingin tahu apa lagi yang diceritakan beliau, ikuti temu bual SinarPlus bersama iman Troye menerusi sisipan SinarPlus dalam akhbar Sinar Ahad hari ini.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Ramai lelaki muda derita sakit jantung, Ayam Pongteh pikat selera ramai dan Jantung baby pernah terhenti lima kali.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *