SINAR PLUS 27 JUN 2021

Che Puan Sarimah Ibrahim
June 27, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama cucu kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, Che Puan Sarimah Ibrahim bagaikan hilang dari radar populariti.

Namun, ketika bertentang mata dengannya sebelum rakaman program The Story Of Cik Puan Sarimah, SinarPlus menemui jawapan konkrit.

Kepada penulis, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kini Kau Tiada itu berkata, beliau kini sedang ligat memperjuangkan isu kesihatan mental yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Iklan

Justeru, ujar beliau, penglibatannya dalam Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa) adalah bertepatan dan selari dengan misi murninya itu.

Selain itu, kami juga larut bersembang mengenai perihal-perihal lain seperti tanggungjawabnya sebagai ibu kepada permata sulungnya yang comel, Tunku Sofia Najihah yang semakin membesar dan bijak.

Iklan

Ikuti perkongsian lanjut beliau dengan melayari E PAPER SINARPLUS terbitan Sinar Harian pada minggu ini.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Bahaya Penyakit Vertigo, ‘Pantang Larang Buat Kuih Lempiang’ dan Covid-19 Bukan Propaganda.

About Arziana Mohmad Azaman