BUAT penduduk di negeri sebelah Pantai Timur, korang dinasihatkan supaya lebih berhati-hati pada musim tengkujuh ini.

Ini berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), hari ini mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk (peringkat jingga) dan Amaran Cuaca Waspada (peringkat kuning) untuk beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Hujan lebat yang kini sedang melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur juga dijangka berlarutan dan keadaan akan menjadi semakin buruk.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, Amaran Cuaca Buruk dikeluarkan untuk sembilan kawasan di Kelantan.

Antara kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Amaran yang sama turut dikeluarkan untuk negeri Terengganu membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus serta Kuala Terengganu.

Amaran Cuaca Waspada pula melibatkan daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.

Amaran Cuaca Waspada turut dikeluarkan untuk dua daerah di Johor iaitu Mersing dan Kota Tinggi.

Menurut kenyataan itu, angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

(7 GAMBAR) 45,067 penduduk Port Dickson, Seremban terjejas bekalan air akibat hujan lebat

Iklan

Sementara itu, ini persedian awal yang boleh diambil bagi menghadapi musim tengkujuh;

Persediaan sebelum banjir (di rumah);

1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat korang.

Iklan

2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.

3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.

4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat korang.

5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.

6. Pastikan seluruh keluarga korang mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

Jika ingin melancong ke kawasan berpotensi banjir;

1. Bagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku.

2. Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.

Baca juga Sah! Warga Afrika penuntut universiti di Ipoh positif varian Omicron. Ini 10 fakta mengenainya

3. Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jadual rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam keadaan banjir.

4. Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, Portal Bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Semoga bermanfaat!