BARU-BARU ini tular mengenai kisah seorang remaja lelaki, Muhammad Al Muizz Al Mawardi, 16, yang dilaporkan hilang selepas menunaikan solat subuh di Masjid Al Muqarrabin, Cheras pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar, berikut kejadian awal kes berkenaan;

1. Pihaknya menerima laporan polis berhubung kehilangan remaja berusia 16 tahun itu.

2. Remaja terbabit hilang sejak Ahad lalu selepas menunaikan solat subuh di Masjid Al Muqarrabin yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya.

2. Remaja tersebut kali terakhir dilihat memakai baju kemeja lengan panjang, seluar berwarna hitam serta membawa beg galas berwarna coklat.

3. Dia yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segambut Jaya tersebut juga telah memaklumkan ibu bapanya untuk beraya bersama rakan-rakannya di sekitar kawasan perumahannya di apartmen Tasik Height, Cheras selepas selesai menunaikan solat di masjid itu.

Iklan

Baca juga Tersadung, pengsan, remaja 16 tahun maut ketika merentas desa

Setelah hilang hampir tiga hari, hari ini bapa remaja terbabit, Almawardi Mohamad, 41, memaklumkan anaknya telah dijumpai.

Menurut laporan berita tempatan, kini Muhammad Al Muizz ditemui dalam keadaan selamat oleh pihak polis pada pukul 12 tengah malam tadi di Pokok Sena, Kedah. Alhamdulillah!

Iklan

Dalam pada itu, Almawardi berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menyiarkan kisah kehilangan anaknya di semua platform media sosial.

Berkat doa dan bantuan orang ramai, anaknya kini sudah selamat bersama dengannya di rumah.

Bagaimanapun, bapa remaja berkenaan tidak dapat menceritakan kejadian tersebut dengan lebih terperinci kerana kes tersebut dalam disiasat polis.

Syukur dijumpai dalam keadaan selamat. Moga ibu bapa di luar sana sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI