BUAT peminat piza, kini tidak perlu bersusah-payah mencari parking, hanya perlu tunggu di kereta dan piza pun sampai di depan mata dengan tanpa sebarang sentuhan.

Kan musim covid-19 ni, pihak pengurusan Domino’s Pizza Malaysia sedaya upaya mengwujudkan penjarakkan sosial bagi bersama membendung wabak pandemik.

Jangan tak tahu, itulah keunikan servis terbaharu Domino’s Pizza Pandu Ambil yang dilancarkan baru-baru ini selepas pengenalan servis bawa pulang Potong-Q bagi memudahkan hantu piza menikmati makanan favourite mereka.

Wah! Apa yang menarik, pelanggan boleh nikmati tawaran beli 1 percuma 2. Siap dapat percuma roti dan sebotol Tropicana Twister 1.5 liter jika beli 1 piza regular tau. Jimat RM54.90.

Tapi kena ingat, kena buat pesanan dan bayaran di www.dominos.com.my atau melalui aplikasi mudah alih Domino’s Pizza dan memilih perkhidmatan pandu ambil.

Lagi satu, perkhidmatan ini ada di semua premis seluruh negara kecuali Domino’s Pizza Dang Wangi, The Weld, Dato’ Keramat dan Sri Hartamas.

Bercerita lebih lanjut mengenai inisiatif itu, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia, Shamsul Amree berkata, pelanggan digalakkan membuat bayaran tanpa tunai tanpa perlu tunggu lama.

domino's pizza

Iklan

“Dengan penggunaan teknologi, pelanggan akan melalui pengalaman langkah selamat, pantas dan mudah untuk mendapatkan pesanan mereka di dalam kereta sendiri, 100% tanpa sentuhan.

“Pandu Ambil benar-benar menunjukkan keseimbangan yang sempurna antara kehebatan teknologi, pada masa yang sama mengekalkan kualiti perkhidmatan untuk kesenangan pelanggan,” katanya.

Artikel berkaitan:  Shopee Mum’s Club platform ibu cari produk terbaik, tulen si manja

Iklan

Bagi Ketua Pegawai Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan, pengenalan perkhidmatan Pandu Ambil bukti pencapaian sebagai yang pertama seumpamanya untuk disediakan di seluruh negara.

“Di samping itu, perkhidmatan ini direka untuk memberikan manfaat kepada semua ketika bersama-sama menyesuaikan diri dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

domino's pizza

“Dengan mengalihkan fokus kepada perkhidmatan bawa pulang, pengurusan masa yang lebih baik dapat dicapai. Pandu Ambil merupakan salah satu adaptasi cara hidup yang akan kami teruskan untuk jangka masa panjang,” jelasnya.

Selepas selesai membuat pesanan, pelanggan hanya perlu kongsikan nombor plate kereta, jenis dan warna bagi memudahkan staf mengenalpasti kenderaan sebaik tiba di hadapan premis Domino’s Pizza.

Staf akan menghantarkan pesanan di tingkap kereta. Mudah bukan? Hanya di hujung jari, perut lapar pun kenyang.