PENGGUNAAN paku pada pembungkusan makanan menjadi trend. Ia mungkin unik dan lain daripadayang lain.

Paku kebanyakannya digunakan kaedah pembungkusan makanan seperti nasi.

Trend menggunakan paku itu bagaimanapun dianggap food hazard (makanan bahaya) kerana mendedahkan pengguna kepada risiko tertelan!

Tidak hanya paku, penggunaan dawai kokot juga berbahaya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan tindakan tegas diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung trend itu. Berikut 10 info ringkas mengenainya:

1-KKM mengambil maklum tentang kekhuatiran semua pihak tentang bahaya trend kaedah pembungkusan makanan yang tidak selamat itu.

2-Di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan tiada seorang pun boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan makanan yang hendak dijual kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan tersebut.

3-Selain itu, di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan pengendali makanan perlu memastikan pembungkusan makanan adalah bebas daripada apa-apa pencemaran termasuk bahan seperti paku yang boleh memudaratkan pelanggan atau pengguna.

Baca juga: Selepas Omicron, Muncul Pula Florona, Berikut 8 Info Mengenainya

Iklan

4-Hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) pada tahun 2019 hingga 2021, sebanyak 19 (3.5%) dari 546 sampel makanan yang dianalisis didapati telah tercemar dengan bahan fizikal seperti batu, plastik, pasir, rambut, serangga dan cacing.

5-Manakala 45,361 premis makanan telah diperiksa di seluruh negara pada 2021. Dari jumlah tersebut, sebanyak 697 atau 1.5% premis makanan telah ditutup akibat dari pelbagai kesalahan.

6-Justeru, KKM menasihatkan peniaga makanan tidak menggunakan bahan seperti paku, dawai kokot dan seumpamanya pada pembungkusan makanan kerana ianya boleh menyebabkan kecederaan yang serius sekiranya bahan tersebut termasuk ke dalam makanan dan ditelan pengguna.

Iklan

7-Orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu makanan yang diberikan kepada anak-anak sebelum dimakan.

8-Peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

9- Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan tersebut ditemui dalam makanan. Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya.

Baca juga: MySJ Trace Ganti Fungsi Check-Out, Ini Cara Kemas Kini Di Aplikasi MySejahtera

Dalam pada itu, korang boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika menjumpai makanan yang dibungkus menggunakan bahan seperti paku, dawai kokot dan seumpamanya serta lain-lain isu berkaitan keselamatan makanan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter DG Hisham