• Tuesday , 30 November 2021

    Jangan terkejut, lima makanan mampu buat kulit bayi jadi putih melepak

    October 22, 2021
    Oleh Nurul Fadila Awaludin

    SETIAP ibu bapa pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka.

    Bukan sahaja dari segi pembelajaran, malah fizikal anak-anak turut menjadi perhatian.

    Justeru ini termasuk dambaan ibu bapa yang menginginkan anak mereka memiliki kulit putih berseri persis Puteri Salju.

    Ingin tahu bagaimana, berikut merupakan lima hidangan yang boleh diambil oleh ibu ketika hamil bagi mendapatkan kulit bayi yang putih.

    1. Air kelapa

    Amalan minum air kelapa antara yang dipercayai dapat membantu bayi memiliki kulit yang putih gebu dan licin.

    2. Air putih

    Air putih berfungsi untuk membersihkan bahagian dalaman tubuh badan secara semula jadi.

    Pengambilan air putih juga baik untuk kesihatan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

    Dikatakan, amalan minum air putih bukan sahaja dapat bayi memiliki kulit yang bersih, bahkan turut dapat meningkatkan kecerdasan otak bayi.

    Iklan

    3. Kacang hijau

    Air rebusan kacang hijau dipercayai kaya dengan kandungan nutrisi yang baik untuk bayi dalam kandungan.

    Masyarakat Indonesia sangat mempercayai amalan makan kacang hijau yang telah direbus dapat membantu melahirkan bayi yang cerdas.

    4. Telur putih

    Pengambilan telur putih oleh ibu hamil sekitar trimester kedua dapat membuatkan memutihkan kulit bayi.

    Iklan

    5. Sengkuang

    Kandungan antioksidan dan mineral yang tinggi dipercayai dapat mempengaruhi warna kulit bayi dalam kandungan.

    Pengambilan sengkuang ini juga dipercayai menjadi amalan segelintir wanita di Asia Tenggara bagi memastikan kulit anak mereka putih.

    Secara ringkas, tidak mengira sama ada kulit bayi putih atau tidak, paling penting kesihatan dan fizikal dalam keadaan baik.

    Sebagai ibu hamil, menjaga kandungan dan diri penting terutama melibatkan pemakanan.

    Sebaiknya berbincang dengan pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat.

    Sumber: Instagram Oke.doktor

     

    Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram