GARA-GARA kerajaan memperkenalkan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Shopee dilaporkan telah mencatat permintaan yang memberangsangkan untuk gajet teknologi pembelajaran dan bekerja dari rumah dalam tempoh 11-15 Januari.

Hal tersebut bertepatan dengan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang mana lebih 550,000 unit terjual hanya melalui platform e-dagang tersebut.

Memetik laporan portal media tempatan, Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho berkata, penjualan platform e-dagang itu melonjak empat setengah kali  ganda dalam tempoh lima hari itu berbanding tempoh yang sama semasa PKP pertama tahun lepas.

Antara item yang hit dijual adalah seperti :

Iklan
  • Komputer riba
  • Telefon pintar
  • Tablet
  • Komponen rangkaian
  • Papan kekunci
  • Pencetak dan sistem audio

"Sejak sesi pembelajaran dalam talian bermula pada pertengahan tahun 2020, kami melihat gajet teknologi pengguna yang sesuai untuk pembelajaran di rumah atau bekerja dari rumah amat laris. Permintaan untuk PC dan gajet untuk e-pembelajaran meningkat secara mendadak.

"Semasa Jualan Hebat 12.12 pada 12 Disember lalu, kami dapati lapan daripada 10 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia yang terbaik adalah peruncit elektronik yang mencatatkan penjualan purata melebihi RM800,000 setiap satu," katanya.

Jualan gajet di Shopee melonjak 4 kali ganda sejak perlaksanaan PdPR

Tambahan pula ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak di sekolah untuk sesi e-pembelajaran boleh mendapatkan tawaran secara bundle atau "add-on'’ mengikut jenama dan peruncit di platform masing-masing bagi menikmat lebih banyak penjimatan.

Iklan

Tambahan pula terdapat juga ‘reseller’ yang boleh dipercayai di platform kami yang menjual komputer riba terpakai dan diperbaharui dengan harga bermula dari RM325 sekiranya ibu bapa memerlukan lebih daripada satu komputer riba untuk anak-anak mereka dan mempunyai sumber yang terhad.

Jualan gajet di Shopee melonjak 4 kali ganda sejak perlaksanaan PdPR

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) Danny Lee pula berkata, pertubuhan itu menyaksikan permintaan untuk gajet teknologi meningkat dari masa ke semasa  kerana keperluan untuk penggunaan peranti itu di rumah kian mendesak sejak bermulanya fasa bekerja dari rumah dan sesi pembelajaran dalam talian.

"Kerajaan juga mungkin mempertimbang untuk menawarkan bentuk insentif lain bagi menggalakkan lagi penggunaan dan pembelian produk teknologi seperti penepian  Cukai Jualan dan Perkhidmatan, internet percuma, subsidi atau bahkan melaksanakan program 1 komputer riba 1 keluarga,” kata beliau.