Kedai makan kembali 'berasap', awas perokok usah lalai

Covid-19 : Perokok lebih berisiko tinggi maut!
October 22, 2021
Oleh Faezah Muda

UMUM mengetahui awal tahun lalu, kerajaan mengumumkan penguatkuasaan penuh ke atas larangan merokok di tempat makan terbuka dan beberapa kawasan awam yang lain.

Kawasan bebas daripada asap rokok ini merupakan suatu anjakan paradigma yang sangat penting dalam mengurangkan pencemaran asap rokok di tempat awam, meningkatkan rasa kepedulian antara satu sama lain dan menegaskan tentang bahaya asap rokok pada kesihatan manusia.

Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telahpun menggariskan beberapa kawasan larangan merokok semenjak beberapa tahun yang lalu.

Namun pada tahun 2019, senarai itu telah dikemas kini dan meletakkan satu kawasan larangan baru yang menjadi perhatian ramai iaitu larangan merokok di tempat makan terbuka.

Namun awas buat perokok! Hati-hati bila korang merokok di kawasan terbuka terutamanya kedai makan.

Gunakan kelonggaran makan (dine-in) di restoran yang diberikan kepada orang awam yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 itu sebaiknya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau berpesan dan mengingatkan orang ramai akan larangan yang masih berkuatkuasa itu.

"Larangan merokok di premis makanan masih berkuatkuasa dan orang ramai dinasihatkan patuh kepada larangan tersebut," ciapnya di Twitter.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut telah mengarahkan pasukan penguatkuasa untuk menjalankan penguatkuasaan dan memantau individu yang melanggar peraturan itu.

Katanya, pihaknya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok tersebut ditingkatkan lagi. Sambil memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pandemik, perokok yang langgar larangan tersebut turut boleh didenda.

Penguatkuasaan penuh Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 pindaan 2018 iaitu larangan merokok di semua premis makanan termasuk premis makanan terbuka yang bermula pada 1 November 2020.

Sementara itu, ini senarai kawasan larangan merokok yang terkini dan telah berkuat kuasa semenjak 1 Januari 2020:

1. Taman Awam

Iklan

2. Kawasan Keagamaan

3. Taman Asuhan Kanak-kanak

4. Kawasan Premis Kerajaan

5. Kawasan-kawasan tertentu di Taman Negara & Taman Negeri

6. Lapangan Terbang

Iklan

7. Pusat Hiburan atau Teater - kecuali Pub, Disko, Kelab Malam & Kasino

8. Hospital dan Klinik

9. Lif atau Tandas Awam

15 cara murah kurangkan ketagih merokok

10. Kenderaan Awam dan Hentian Pengangkutan Awam

11. Kawasan Berhawa Dingin

12. Bas Sekolah

13. Kafe Internet

14. Perpustakaan

15. Kawasan Latihan Khidmat Negara

16. Stesen Minyak

17. Kawasan bagi Aktiviti Perhimpunan Tertutup - selain di dalam Bangunan Kediaman

18. Kompleks Sukan, Pusat Kecergasan atau Gymnasium

19. Institusi Pendidikan atau Institusi Pendidikan Tinggi

20. Kaunter Perkhidmatan di Dalam Bangunan

21. Kompleks Membeli Belah

22. Tempat Mainan Kanak-kanak dan Taman Permainan

23. Tempat Makan Terbuka

Baca juga Jangan terkejut, lima makanan mampu buat kulit bayi jadi putih melepak

Khusus berkenaan dengan aturan larangan merokok di tempat makan terbuka - menurut garis panduan yang diwartakan oleh KKM - kawasan larangan tersebut merangkumi jarak tiga meter atau 10 kaki radius dari meja makan atau kawasan premis makan tersebut.

Semoga bermanfaat!