Order 'baju tak payah gosok' sejak Mac, masih belum diterima. Ini penjelasan Sabella...

Order 'baju tak payah gosok' sejak Mac, masih belum diterima. Ini penjelasan Sabella...
May 7, 2021
Oleh Faezah Muda

BARU-BARU ini tular di media sosial orang ramai menyuarakan perasaan tidak puas hati apabila pesanan baju raya yang ditempah daripada pengeluar terkenal tidak diterima sehingga kini.

Masakan tidak, busana yang kononnya ingin digayakan pada pagi Syawal tidak nampak bayang. Walhal, transaksi pesanan telah diselesaikan sejak Mac lalu.

Ekoran daripada itu, Sabella HQ hari ini tampil membuat satu kenyataan berhubung perkara tersebut.

"Seperti semua maklum, Sabella telah membuka jualan baju untuk dihantar sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Setelah mengambil kira status terkini di Sabella, isu melanda dan beberapa faktor yang berlaku, Sabella tidak dapat memenuhi penghantaran 100 peratus kepada semua pelanggan," ujar kenyataan tersebut.

Tambahnya, kejadian yang berlaku adalah diluar jangkaan pihak Sabella.

"Hal ini disebabkan proses tambah baik sistem di Sabella secara tidak langsung memberi kesan atas pesanan yang perlu disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

"Tambahan pula, faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan Kuala Lumpur turut mempengaruhi output yang perlu dikeluarkan," jelasnya lanjut..

Berikut senarai produk yang terkesan;

Sebelum 12/4/2021:
1. QUEENY 76
2. QUEENY 77
3. CLARA
4. QUEENY UNLIMITED 5.0 (Belum due date)
5. ESTELLA
6. LOREZ
7. DAISY
8. LARA
9. REESA 5.0
10. FREESIA
11. NELYSA

Baca juga Ramai hilang pendapatan, mental koyak sejak pelaksanaan PKP1.0

GEGARIA:
1. MORISSA
2. MORICA
3. CORRA
4. ROSELLA
5. ALEXA 50
6. LILY
7. DAISY
8. SALEENA

GEGARAYA:
1. QUEENY BATCH 3
2. QUEENY BATCH 4
3. ESTELLA
4. LOREZ
5. ALYSSA
6. ESTELLA
7. ADELIA BLOUSE

Iklan

Pun begitu, bukan 100 peratus produk yang disenaraikan tidak dapat dihantar sebelum raya.

"Terdapat sebahagian kecil produk yang tiada dinyatakan di atas tidak terkesan dalam isu ini.

"Kami di Sabella juga akan sedaya upaya untuk membuat penghantaran sebelum Aildilfitri tiba selagi masih ada.

Iklan

"Justeru, pihak Sabella memohon maaf atas apa yang berlaku dan bertanggungjawab 100 peratus ke atas isu yang melanda," ujarnya.

4 teknik jadikan gambar OOTD 'on point'
Sumber: 123RF

Oleh itu, syarikat pakaian yang terkenal dengan tagline, 'Baju Tak Payah Gosok' komited memberikan solusi kepada kumpulan dropship dan pelanggan yang terkesan.

1) Solusi 1

Semua order yang tidak dapat dihantar sebelum raya akan menerima pakej pampasan berupa baju extra dan beberapa item eksklusif.

Pakej pampasan itu akan diberikan bersama order mereka yang dihantar selepas raya.

2) Solusi 2

Pulangan bayaran (refund). Pelanggan boleh meminta refund daripada Sabella menggunakan borang yang dikepilkan dan saluran ditetapkan. Dropship under leader (partner circle) perlu melalui proses refund melalui leader. Leader dan dropship di bawah HQ sahaja yang akan mengisi borang refund.

Jadi, bagi korang yang sedang sabar menanti pesanan koleksi baju raya, harap bertabahlah ya.

12 Comments

  1. sebab tu la sekarang aku menyampah gila dgn Sabella even aku sendiri pn dropshipper Sabella. Sistem dia menyusahkan betul! Bila nak order tu kena ikut time dia open pukul berapa2 kat website, kalau lambat sold out. Dah la xde ready stock! Bodo gila mcm kita xde keje lain je nak kena tunggu dia up kat website Kita ni semangat ambik order org ramai2, last2 x dpt rebut sbb line cam cibai. Palatao btul!! So skrg aku dh left group dropshipper biarpun leader tanya knapa left. Ah lantak situ aku nyampahhh Sabella!!

  2. Harap tambah baik pulih sistem . Wlaupun saya ds sabella . Saya pun kadang rasa proses postage tu agak lambat . kena tunggu berbulan² baru sampai barang customer. kesian customer .

  3. Itu penjelasan bg pakaian sabella yg ditempah x sempat dihantar sebelum raya…yg berlaku kepada Saya pula…pakaian yang ditempah sebanyak 5 pasang, yang diterima 4 pasang sahaja…jadi sy nak mintak lah baju yang x cukup tu dihantar segera…tetapi byk Kali buat komplain kpd hq sabella samada melalui Facebook ke messanger ke even melalui dropship juga…tapi menunggu maklumbalas dari hq berhari2…sehingga Saya Naik geram…TIADA MAKLUMBALAS!!! CAMNE U OLL PUNYA PENGURUSAN PERKHIDMATAN BAHAGIAN CUSTOMER SERVIS NI!! pengurusan yg x cekap..

    SELEPAS ITU…sy komplain kpd dropship utk dipanjangkan kpd ‘LEADER’ NYA…jawab leader…bgtau je kpd customer suh bersabar..sbb byk pesanan sgt tu sbb tu hq x bls..so SAMPAI BILA KENA BERSABAR!!..kalulah U OLL BHGN HQ NI beri maklumbalas segera dan meyakinkan kami sebagai pelanggan utk bersabar..SY BOLEH SABAR! INI TIDAK…X DE MAKLUMBALAS…TAPI SUH SABAR!!!….OMG..YA ALLAH!!..

    PLEASE LAH…PERBAIKI PENGURUSAN PERKHIDMATAN U OLL..jika x mampu utk keluarkan pesanan yg banyak…x mampu memberi perkhidmatan customer servis yg baik…baik uoll buat jualan kecil-kecilan dulu Dan amik masa belajar bagaimana utk jadi company yg besar!..

    Ini pendapat Saya…maaf jika pendapat sy ini kasar dan tidak menyenangkan…tapi jika x tegur..sy bimbang hq sabella selamanya duk bg alasan… tq.

  4. Macam kes ak plak..2 Kali dah terkena dgn sabella ni….semua item Raya..dapat baju salah corak…pastu sekali lagi item x cukup dlm bungkusan…mmg nk marah sgt2eeeebuat kerja macam cincai…cuai org panggil..x de latihan ke staff dioarg nie..pndai nk kaut untung jer ker semata2…bila Kita adukan masalah asyik nk kena berperang dgn leader & dropship..x de lgsg kemahiran komunikasi yg baik..klau si leader meninggi diri..brlagak sombong…kalu respond aduan customer elok2 x delah org marah..ni cabar plok customer…dlm wasap hp ak simpan semua telatah ko yer…harap PKP jer ak x trn kilang sbb ko cabar ak gitu….ak kalu blh nk Pngasas sabella tahu prkara nie…kalu nk imej syarikat trjaga Dan lama bertapak buatlah urusniaga dgn baik…Beri latihan pd leader & dropship Ilmu bisness elok2, dah biasa sgt dgn masalah ni, tu senang sgt bgtau blh refund jer..kecewa mmg tahap nk mampus…tunggu punyalah lama last2 baju x dapat…ko ingat Masa blh blh putar kembali ker…moment tu org nak…Kau faham…eeeekalu dah terbiasa sgt masalah ni….saya cdg sabella produce jer baju dulu…dah ready stok baru jual…jadi dalam 2 @ 3 Hari org dah dpt….ni ambil duit customer dulu…last2 hampeh…nak pulang duit jer…mudahnya lepas tangan macam tu jer..x fikir perasaan customer ker!!!!!!…Hari cuti am & hujung minggu boleh buat jualan baju x Kira masa tapi kalu Hal customer service kena tggu Hari bkerja plak…byk cantik yer…pastu hari bkerja pun lmbt respond..nak kn customer jugak follow up..knp customer hnya blh buat aduan melalui wasap shj…x de saluran lain ker…mmg kecewa sbb company besar tapi sistem khidmat pelanggan x mesra pelanggan sungguh…luahan dari customer tetap sabella…lps ni klau x juga prbaiki kelemahan mgkin akn kehilangan lbih byk lagi pelanggan…Hampeh!!!!!!!!nnnn

  5. Sabella ni mmg tak bertanggungjawab..solusi yg diberi tu 4hb Mei baru maklum customer..lps tu bg alasan PKP..lg seminggu nk rasa kluar solusi bodoh dia tu…patut bgtau awal..mungkir janji..order 20 hr bekerja konon tapi 2 bulan pun masih tak hantar.. Sebenarnya sabella ni tamak..dropship komen kat fb dia delete..dropship komen kat sabella family dia off komen..senang citer sabella tak bertanggungjawab.

  6. Alasan bodoh…PKP tu start bila??PKP pun semua dh blh bekerja?ni kalau order bulan 2 dan 3 nk raya pun ko tak pos apehal???Mcm2 alasan la Sabella ni h

  7. Tak mampu tampung tapi sebok cari ds melambak lambak. Pastu ds ds ni semua jadi org teraniaya sebab hq buat taik. Tak mampu nk tampung tak payah cari ds. Settle mana yg ada dulu. Ni nama dia tamak haloba.

  8. klu company size sederhana…xpayah amik order macam ade 10 kilang..lain kali brng jangan preorder..ready stock dulu baru bukak order…

  9. Dah tau raya order akan bertambah, masa nila lah nak upgrade system. Last² pelangan yg jd mangsa. Yg terima lepas raya, return balik je dulu. Nanti baru order balik, ajar sikit. Yg nak untung je. So ajar sikit macam mana rasa rugi

  10. benda simple kalau dah tak blh nk memenuhi permintaan yg banyak tutup je semua. semua ko remark sold out jgn allow buyer add to cart pon.x de la kita ni buyer terhegeh2 nk beli . da 3x aku beli asik la refund je

Comments are closed.