Aliff Aziz ungguli tangga teratas lagi, Nico G selamat daripada penyingkiran

November 29, 2021
Oleh Wawann Mohd

PENYANYI Aliff Aziz terus mengungguli carta teratas persembahan program Gegar Vaganza lapan (GV8) apabila dua minggu berturut-turut memperoleh markah tertinggi pada konsert minggu kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

Penyanyi kelahiran Singapura itu tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu Kasih Tak Sampai, nyanyian asal kumpulan Padi yang ternyata berjaya menarik perhatian barisan juri dengan markah 81 peratus (%).

Terdahulu Aliff turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul Betul Luar Biasa Digi, manakala Saiful Apek dan Yasin Yahya (SA.YA) pula terpilih sebagai Bintang Cuckoo Paling gempak.

Sementara itu, kumpulan Nico G yang berada di kedudukan terbawah dengan markah 52.90% bernasib baik apabila tiada penyingkiran yang dilakukan pada minggu yang mengangkat tema 'Masih Aku Terasa'.

Iklan

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juru profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Datuk Ahmad Tamimi Siregar sebagai juri jemputan.

Iklan

Konsert minggu ketiga sekali lagi bakal menyaksikan aksi 13 peserta yang bertanding iaitu Aliff Aziz, Adibah Noor, Nikki Palikat, Suki Low, Upiak Isil, SA.YA, Aweera, Shidee, Bandi Amuk, Azan Scan, Ani Mayuni, Fazley Yaacob dan Nico G untuk memberikan persembahan terbaik mereka.

Program dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 21 November lalu.


Kedudukan peserta dan markah penuh konsert minggu kedua

  1. Aliff Aziz (Kasih Tak Sampai) - 81.00%
  2. Adibah Noor (Istana Menanti) - 72.80%
  3. Nikki Palikat (Drama) - 71.70%
  4. Suki Low (Kisah Cinta Kita) - 69.70%
  5. Upiak Isil (Parah) - 69.60%
  6. YA (Gerhana) - 66.20%
  7. Aweera (Andai Ku Bercinta Lagi) - 64.70%
  8. Shidee (Malam) - 61.10%
  9. Bandi Amuk (Untukmu Sayang) - 60.80%
  10. Azan Scan (Sekelip Mata Kau Berubah) - 60.60%
  11. Ani Mayuni (Selangit) - 56.70%
  12. Fazley Yaacob (Laguku Untukmu) - 56.00%
  13. Nico G (Gadisku) - 52.90%

(FOTO: Azrul Rafie - Astro)

About Wawann Mohd

Biodata Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *