Bapa Oki Setiana Dewi meninggal dunia dalam tidur

June 5, 2021
Oleh Aqmar Mustaza

BAPA kepada Oki Setiana Dewi, Sulyanto Sastromartoyo, 62, meninggal dunia dalam tidur di kediamannya pada awal pagi Jumaat.

Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh pelakon itu menerusi akaun Instagramnya.

Menurut Oki, dia sempat menghubungi bapanya dua hari lalu dan merancang untuk membawa arwah bapanya mendapatkan rawatan di hospital.

“Semuanya terjadi sangat cepat dan tak disangka-sangka. Dua hari yang lalu, saya ada menghubungi papa dan mengajaknya untuk melakukan pemeriksaan di rumah sakit (hospital).

“Semalam pun ibu masih makan malam bersama papa. Papa wafat ketika tidur dan ibu baru tahu di pagi harinya. Ibu tak memberitahu pada kami, anak-anaknya. Ibu hanya memberitahu tubuh papa sejuk dan sudah dibawa oleh ambulans ke rumah sakit.

Iklan

“Saya masih berharap papa dapat diberi rawatan dan saya fikir, saya yang paling kuat dan masih boleh menenangkan ibu dan adik-adik. Ternyata, sayalah orang yang jatuh terduduk saat doktor memberitahu papa telah tiada.

Iklan

“Papa rupanya telah wafat beberapa jam sebelum ditemui kerana penyakit jantungnya,” tulis Oki.

Gambar lengkap potret terakhir keluarga ini diambil pada Lebaran lalu.

Tambah pelakon yang mula dikenali menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih itu, dia bersyukur apabila urusan pengebumian bapanya dipermudahkan dan berlangsung segera.

“Papa wafat di hari Jumaat. Ketika kami memandikannya, tubuhnya bersih dan kelihatan tenang seperti sedang tertidur.

“Terima kasih untuk semuanya, papa. Terima kasih kerana telah menjaga dan mendidik kami. Terima kasih memberikan nasihat-nasihat kehidupan. Semoga papa terus bangga dengan Oki dan adik-adik,” ujarnya.