"GEMENTAR itu ada untuk berada di pentas Big Stage sebab saya tidak mempunyai sebarang pengalaman, namun bagi saya ia adalah satu cabaran buat saya."

Begitu pengakuan diluahkan usahawan muda yang terkenal di aplikasi TikTok, Sofiaa Marieylla atau nama sebenarnya Wan Siti Mariam Wan Mahyudin yang berjaya menjadi salah seorang peserta program nyanyian Big Stage.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Walaupun baru setahun jagung di dalam dunia nyanyian, penyanyi lagu Akulah Jerung Merah itu akui bersedia untuk bersaing bersama dengan peserta lain dalam merebut gelaran juara.

Katanya yang juga terkenal sebagai Mommy Jerung Merah, dia akan cuba belajar sebanyak mungkin sepanjang berada di dalam Big Stage.

Dalam pada itu, Sofiaa juga menyatakan pada portal tempatan, dia tidak meletak sebarang sasaran untuk program nyanyian ini, kerana baginya itu semua adalah rezeki.

Ujarnya, kalah menang itu adat, dapat maju ke minggu demi minggu itu juga satu rezeki, apa yang penting adalah dirinya dapat belajar dengan mereka yang betul-betul berpengalaman untuk menjadi seorang penghibur yang lebih baik.

Baca juga Sofia Marieylla ‘mengganas’ menerusi Akulah Jerung Merah

Sebelum ini, wanita yang berasal dari Marang, Terengganu itu disunting secara rasmi menjadi artis di bawah naungan Rocketfuel Indie Space Station (ISS) yang merupakan pembahagian (division) terbaharu Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd.

Iklan

Sofiaa tampil dengan single, Akulah Jerung Merah lagu hasil ciptaan komposer berpengalaman, Hadi Rumnan dan penulis lirik berbakat, Ajim Maze.

Bukan hanya 'famous' di Tiktok, Mommy Jerung Merah kini ke Big Stage

Sementara itu, Sofiaa bakal bersaing dengan 10 peserta lain bagi merebut gelaran juara dalam program yang mengangkat bakat baru dikenali dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) itu.

Peserta dari Malaysia terdiri daripada Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Aisha Retno, Megat Rahim, Elica Paujin, Ajoi Zainal, Lia Aziz, Danial Chuer, Yasmin Aziz dan Tuah Adzmi.

Iklan

Penyanyi popular Tegar Septian pula mewakili Indonesia dan Syafiq Abdilah mewakili negaranya, Brunei.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Baca juga [VIDEO]Semangat! Meskipun teruk dikecam, Skuad Jerung Merah tak hirau kata orang

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Program yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad itu akan bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 6 Februari 2022.