Hikayat Si Miskin Menjadi Raja, tribute buat Rahman B

November 27, 2021
Oleh Wawann Mohd

TERUS menampilkan karya terbaik untuk disajikan kepada penonton, The Actors Studio Seni Teater Rakyat dan Mekar Budaya yang juga merupakan rakan kerjasama Yayasan Hasanah, bakal mementaskan sebuah persembahan bangsawan berjudul Hikayat Si Miskin Menjadi Raja.

Persembahan yang bakal berlangsung di pentas 1, Kuala Lumpur Performance Art Centre (KLPAC) pada 17 hingga 19 Disember ini bukan sahaja bertujuan meraikan teater bangsawan tetapi juga merupakan tribute istimewa kepada tokoh bangsawan terkenal tanah air, Rahman B.

Pengarah dan penulis skrip Hikayat Si Miskin Menjadi Raja, Dr. Marlenny Deenerwan berkata, pementasan tersebut diharapkan dapat memberi pendedahan kepada penonton baharu yang mungkin kurang mengenali persembahan teater tradisional itu.

“Bangsawan terpaksa berjuang untuk mendapat tempat dalam kalangan golongan muda ketika kumpulan teater lain giat mementaskan drama moden dan kontemporari yang mana hasil karya mereka jauh meninggalkan bangsawan.

“Tidak dinafikan karya bangsawan semakin dilupakan dan hanya dipersembahkan untuk mempertahankan tradisi tanpa sebarang fungsi khusus dalam memenuhi permintaan kontemporari,” katanya.

Iklan

Pementasan Hikayat Si Miskin Menjadi Raja menampilkan lakonan hebat daripada Faez Malek, Mior Ahmad, Dekna Sheikh Faisal, Eijat Ashari, Noor Jannah, Zafran Hisham, Syafiq Ahmad dan Griffin Robert.

Iklan

Penonton boleh mendapatkan tiket persembahan dengan harga RM30, RM45 dan RM60 secara dalam talian melalui pautan https://www.cloudtix.co/.

Setiap tiket yang dijual akan disalurkan ke tabung KLPAC dan The Actors Studio, selain orang ramai turut berpeluang menyalurkan sumbangan menerusi pautan https://www.klpac.org/donations/

 

(FOTO: The Actors Studio)

About Wawann Mohd

Biodata Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *