PELAKON Sari Yanti, 37, selamat melahirkan cahaya mata kelima, yang juga anak ketiga hasil perkongsian hidup dengan pelawak dan penyampai radio Sinar, Jep Sepahtu pada Sabtu.

Berita gembira sempena Syawal yang mulia ini dikongsikan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 36, menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto pertama bayi lelakinya itu bersama isteri.

Menerusi perkongsian itu, Jep meluahkan rasa syukur atas kelahiran itu, selain mengucapkan terima kasih atas pengorbanan isteri melahirkan anak mereka.

“Subahanallah.. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sayang Sari Yanti,” kongsinya ringkas.

Iklan

Berita tersebut mendapat perhatian daripada peminat dan rakan-rakan artis yang tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah, selain kiriman doa buat pasangan ini.

Sariyanti dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Febaruari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini bersuai 11 bulan.

Iklan

Menerusi perkahwinan terdahulu, Sari Yanti mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

 

(FOTO: Instagram Jep Sepahtu)