HARI INI

Terjatuh dari tingkat 10, pemergian kucing Ariff Bahran undang sebak

Terjatuh dari tingkat 10, pemergian kucing Ariff Bahran undang sebak

Terjatuh dari tingkat 10, pemergian kucing Ariff Bahran undang sebak
November 1, 2021
Oleh Faezah Muda

KUCING antara haiwan peliharaan paling popular dalam kalangan masyarakat kita.

Selain sikap si bulus yang manja, gelagat nakal yang menghiburkan membuatkan jiwa si pencinta kucing itu akan sentiasa tenang dan bahagia.

Betapa sayangnya pada kucing sehingga segelintir pemilik mengganggapnya sebahagian ahli keluarga, malah diberi nama panggilan istimewa.

Seperti situasi yang dilalui penyanyi, Ariff Bahran yang berhadapan kematian kucing kesayangan yang dipanggil Ivy.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ariff memaklumkan berita duka itu dan bertambah sedih apabila dia tidak sempat bertemu buat kali terakhir dengan haiwan kesayangannya itu.

"I love you forever Ivy. Till we meet again ok Ivy," catatnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurutnya, dia dan si bulus itu berpisah sementara kerana ingin 'kahwinkan' dengan kucing rakannya.

Iklan

Difahamkan Ivy merupakan baka kucing Ragdoll yang dibela Ariff sejak setahun yang lalu.

Ariff Bahran

Ceritanya, Ivy pula sejenis yang sangat aktif, lompat sana sini pantang nampak pintu rumah terbuka.

Iklan

Ujarnya lanjut, dia menghubungi kawannya 10 minit sebelum sampai. Ivy tiba-tiba meloncat keluar dan ketika itu kawannya sedang membuka tingkap rumah.

Malangnya tingkap tersebut dari ketinggina tingkat 10.

"Tak sempat jumpa Ivy. Saya minta maaf," tulisnya sayu.

Dalam pada itu, Ariff turut berkongsi sebuah video dirinya menangis teresak-esak di samping Ivy sebelum kebumi di satu tempat lapang.

Menengah ruangan komen, rata-rata pengikut penyanyi lagu Kata Akhirmu itu memberikan kata-kata semangat buatnya dan mereka turut berkongsi pengalaman yang sama berdepan detik berpisah dengan haiwan kesayangan.

Baca juga Syafie Naswip cari ketenangan di Kebun Bujang Nilai

"I'm so sorry to hear that, semoga awak kuat."

"I feel u .. meraung-raung jugalah lpas kucing kesayangan kena langgar. Sampai sekarang still tak boleh terima."

"Sedihnya, saya pun baru je hilang kucing macam awak jugak, kena langgar. Sedih gila masa tanam tu."

"As a cat lover, it should be a more little deeper untuk tanam, bcs takut kalau hujan bau dia naik. But hope all is well, stay strong bro."

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *