Tinggalkan Diriku, Shuib selit perbualan akhir bersama arwah isteri

November 27, 2021
Oleh Wawann Mohd

PELAWAK Shuib Sepahtu mengakui permergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos lalu, meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidupnya.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, kehilangan tersebut meninggalkan rasa sepi, kosong dan bagaikan hilang seluruh jiwanya.

Mahu mengabadikan sesuatu sebagai tanda cinta dan ingatan buat arwah isteri, Shuib, tampil melancarkan muzik video single berjudul Tinggalkan Diriku pada Jumaat.

Jelas Shuib, lagu Tinggalkan Diriku dirakamkan yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah hampir tiga tahun lalu.

“Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

Iklan

“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya.

Mengakui lagu itu begitu bermakna buat dirinya, Shuib yang bapa kepada empat orang anak itu turut memasukkan petikan rakaman perbualan terakhir antara dia dan arwah Siti Sarah.

Iklan

“Dalam muzik video ini, saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” katanya.

Lagu Tinggalkan Diriku sudah berada di semua platform digital bermula 26 November dan muzik video pula di saluran YouTube Shuib Channel.

Terdahulu lagu ini dirakamkan pada tahun 2002 dan dirilis pada 2003 melalui album Mimpi Pun Sama.

About Wawann Mohd

Biodata Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *