PELAKON Ummi Nazeera disahkan positif Covid-19 bergejala ringan dan kini sedang menjalani tempoh isloasi di rumah.

Berita tersebut dikongsikan suami Ummi, Dr. Izzar Anwari menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Khamis.

“Untuk makluman semua, isteri tercinta saya telah dijangkiti Covid-19. Sebab beraya lah ni kan. Tak apa tak ada rezeki boleh kena tu.

“Alhamdulillah anak-anak dan saya sekarang tak bergejala. Ummi pun bergejala ringan sahaja. Nasib baik dah ambil vaksinasi. Isolasi sorang-sorang kat dalam bilik tengok Kdrama,” ujarnya yang kini mengambil-alih menjaga anak-anak mereka.

Dalam pada itu, Dr Izzar turut memohon orang ramai mendoakan isterinya agar segera sembuh.

“Jom sama-sama doakan isteri saya sembuh segera, serta bertambah rezeki dan keluarga bertambah bahagia. Selitlah sikit doa-doa tambahan lain tu.

Iklan

“Tapi tak apa, esok hari terakhir isteri saya nak berisolasi. Selepas itu, Sabtu boleh sambung beraya kat luar,” selorohnya.

Dalam hantaran sama, Dr Izzar turut memberikan tips berkaitan tempoh isolasi bagi mereka yang dijangkiti virus berkenaan.

Iklan

“Untuk individu yang positif Covid-19, wajib isolasi selama tujuh hari. Tapi, boleh dibebaskan awal kalau ujian Covid-19 (yang diselia) itu negatif pada hari keempat kuarantin.

”Kalau dah cukup isolasi tujuh hari, tak perlu ulang ujian Covid-19 dah. Keluarlah macam biasa lepas tu sebab kebolehjangkitan dah rendah. Maksudnya tak menjangkiti orang lain dah.

“Untuk kontak rapat pula, kalau tak bergejala macam saya boleh keluar bekerja macam biasa dan tak perlu buat ujian kendiri pun. Kalau kontak rapat bergejala, buatlah ujian kendiri Covid19 pada hari pertama dan ketiga. Apa-apa pun, semua kenalah patuh SOP sentiasa.

“Oleh itu, tak perlulah nak stigma atau takut dengan bekas pesakit-pesakit Covid-19. Buat relaks saja. Pastikan dia dah cukup isolasi tujuh hari di rumah je,” katanya.

Ummi dan Dr Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaiatu Ayra Aneesah dan Aysha Arsyla