HARI INI

Video tular di TikTok, peminat pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario

Video tular di TikTok, peminat pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario

January 14, 2022
Oleh Azma ML

SELEPAS bertanding di pentas Gegar Vaganza 8, kemunculan Yassin Yahya dan Saiful Apek melalui kumpulan Sa.Ya menjadi bualan ramai.

Mampu bertahan sehingga mingu kelapan, pertandingan nyanyian itu menaikkan kembali nama kedua-dua ahli kumpulan Senario itu.

Baca juga: Persembahan Suki curi perhatian, Sa.Ya akhiri persaingan di pentas suku akhir

Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok sebuah video yang memaparkan kemunculan Yassin bersama seorang wanita dan kanak-kanak perempuan dipercayai isteri dan anaknya.

Tanpa disangka-sangka dua insan istimewa dalam hidup pelawak itu turut terkena tempias viral.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Warda Waheeda memaparkan Yassin muncul seketika bersama Farah Waheeda dan anak mereka bernama Warda.

Setakat ini, video berkenaan meraih 1.5 juta tontonan dan 64,000 tanda suka.

Iklan

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warga maya tidak menyangka selebriti berumur 44 tahun itu sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak yang comel.

Kata mereka:

- “Pertama kali lihat keluarga Yassin.”

- “Baru tahu Yassin sudah berkahwin dan memiliki anak.”

- “Lawa isteri Yassin, anaknya pun comel.”

Iklan

- "Manisnya isteri dan anak Yassin. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah."

@puteriwarda17 part2 bapaknya masuk 🤣🤣 #yassinsenariounion #mybabygirl #anakmamababa #sukasuka #fyp #gegarvaganza2021 ♬ Dj BonBon Remix - 𝓕𝓱𝓪𝓪 🐝 || • 𝐍𝐏

Terdahulu, Yassin menganggotai kumpulan Senario iaitu kumpulan lawak terkenal di Malaysia pada waktu dulu.

Dia bagaimanapun terpaksa mengundurkan diri pada 10 Julai 2002 setelah kontraknya tamat.

Bakat pelawak ini bukan calang-calang. Yassin dicalonkan sebanyak lima kali bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Bakatnya  dicungkil daripada rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1999.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok Warda Waheeda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *