KITA semua pasti mempunyai impian dan matlamat tersendiri. Namun hanya usaha penuh semangat, tanpa putus ada dan mempunyai matlamat yang jelas yang akan membuahkan kejayaan.

Bercakap mengenai usaha gigih, perkongsian daripada pemuda ini boleh memberikan dorongan kepada kita yang ingin mengumpul sejumlah wang dalam masa ditetapkan.

Pemuda dikenali Shafiq Shaifullah berkongsi bagaimana dia boleh mengumpul wang di dalam ‘Tabung Kahwin’ sebanyak RM19,000 dalam tempoh setahun bermula 7 Januari 2020 sehingga awal 5 Januari 2021.

“Demi menghalalkan seorang wanita aku gagahkan diri ini menabung. Alhamdulillah apabila niat kita betul, ALLAH permudahkan segala urusan.

“Alhamdulillah hari ini selamat pecahkan tabung kahwin walaupun sudah lama berkahwin,” titipnya pada video berkenaan.

Shafiq mendedahkan telah menyimpan sebanyak RM1,500 sebulan di dalam tabung khas semasa menjawab pertanyaan warga maya.

“RM1,500 persamaan dengan gaji pokok saya. Setiap bulan konsisten. Kalau ada bayaran elaun kerja lebih masa, saya akan masukkan dalam tabung,” katanya yang telah selamat bergelar suami pada 27 Mac 2021.

 

Menurut Shafiq, ketika itu dia dikurniakan rezeki lebih yang membolehkan perkahwinan dilangsungkan tanpa perlu memecahkan tabung tersebut.

Iklan

 

@double_s95 Alhamdulillah, Hari ni Selamat pecahkan tabung kawin walaupun dahh lama kawin…#tabungkahwin #tabungsimpanan #fyp #viral #hasiltitikpeluhsendiri#tiktok ♬ original sound - ηιzzαмzαιηαℓ

Kegigihan pemuda itu bekerja siang malam dan tekun membuat tabungan menarik perhatian warga maya.

Malah kata-kata semangat yang ditulis pada tabungnya itu memberikan motivasi.

Iklan

Antaranya ialah “Jangan malu naik motor” dan “Belajarlah dengan orang yang bergaji kecil bagaimana dia hidup.”

@double_s95 Reply to @mr_pokding ♬ bunyi asal - _Nblnzri - _Nblnzri🦖


Rata-rata meminta tip bagaimana menyimpan wang dengan konsisten.

ABAIKAN SUARA-SUARA HALUS

KONSISTEN SIMPAN RM1,500 SEBULAN ATAU LEBIH

Malah tidak kurang juga kagum dengan semangat dan keazamannya.

Pengetahuan atau kesedaran tentang pengurusan kewangan sewaktu muda amat penting.

Ini kerana korang mempunyai tempoh masa yang lebih panjang untuk merancang simpanan. Semoga kisah ini memberikan inspirasi buat kita semua!

Baca juga: [VIDEO] Jual pisang 'ala vending machine' di Sabah, ramai warganet kagum tabung jualan tak lesap dicuri orang

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok double_S95 Shafiq Shaifullah