SIAPA yang tidak mengenali pasar mini, 99 Speedmart yang menjadi antara pilihan pengguna dalam membuat pembelian barang keperluan harian.

Adakah pernah anda terfikir, siapakah pemilik pasar mini yang mempunyai lebih 2,000 cawangan di seluruh Malaysia ini?

Lee Thiam Wah merupakan pengasas kepada pasar mini, 99 Speedmart ini. Beliau merupakan anak jati Klang, Selangor yang dilahirkan pada tahun 1964.

Beliau dilahirkan sempurna tidak pernah menyangka akan menghidap penyakit poliomyelitis sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya tidak dapat berfungsi maka, bermulalah episod baharu kehidupan beliau sebagai seorang yang mempunyai kelainan upaya.

Lee Thiam Wah memiliki adik beradik seramai 11 orang dan ayahnya bekerja sebagai seorang buruh manakala ibu bekerja sebagai penjaja makanan.

Disebabkan oleh kesempitan hidup yang dialaminya, dia hanya bersekolah sehingga darjah enam kerana ibu bapanya tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membayar bil pengangkutan kerana jarak sekolah menengah yang agak jauh yang menjadikan ia mahal.

Walaupun beliau memiliki kekurangan itu tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya, beliau mulai berniaga di tepi jalan dengan menjual makanan ringan. Sehingga usia mencecah 23 tahun, beliau berjaya mengumpul wang sebanyak RM17,000.

Kredit foto: 99 Speedmart

Pada tahun 1987, dengan berbekalkan wang simpanan itu, beliau membuka kedai runcit yang dikenali sebagai Pasar Raya Hiap Hoe di Tepi Sungai, Klang.

Pembukaan pasar raya itu merupakan titik permulaan beliau di dalam industri peruncitan ini. Bermula dari situlah beliau belajar tentang ilmu perniagaan.

Baca juga: Untung bersih lebih RM60,000 jual air balang bulan Ramadan, Syahmi Sazli kongsi amalan

Pada tahun 1992, beliau menjual perniagaannya itu sebanyak ($88,000 menurut Forbes, RM38,000 menurut Enterprise Asia dan RM30,000 menurut The Edge) dan pada tahun itu juga beliau membuka perniagaan baharu dengan nama baharu iaitu Pasar Mini 99 di Klang Utama.

Dalam tempoh tujuh tahun beroperasi, beliau mampu membuka 8 buah cawangan dan kesemua cawangan itu bertapak di Klang, Selangor.

Iklan

Kemudiannya, pada tahun 2000, Lee telah menjenamakan semula perniagaannya kepada 99 Speedmart.

Kredit foto: Enterpriseasia

Untuk pengetahuan umum, nombor 99 bukanlah suatu nombor yang ‘sempurna’ tetapi itulah strategi yang Lee gunakan untuk memberitahu umum bahawa tujuannya ada untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua.

Bahkan ia juga bermaksud bahawa adanya ruang dan peluang untuk mereka menambah baik perkhidmatan.

Seterusnya, pada tahun 2002, ibu pejabat dan pusat pengedaran utama barangan telah siap dibina dengan kos sebanyak RM6.5 juta.

Pada tahun 2017, cawangan ke-1,000 telah dibuka di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor dan empat tahun kemudian, cawangan ke-2,000 pula mulai dibuka di Puncak Sentul, Kuala Lumpur.

Iklan

Benarlah, kejayaan itu milik semua orang yang berusaha untuk memilikinya. Kejayaan yang dicapai oleh Lee Thiam Wah ini benar-benar memberi inspirasi.

Di sebalik kejayaannya itu, beliau mengingati kata-kata dari neneknya.

“Kamu hanya kekurangan upaya dari segi fizikal bukanya mental. Kamu pandai dan masih mampu menggunakan tangan untuk banyak perkara.
“Kamu perlu berdikari dan cari jalan untuk meneruskan kehidupan atau kamu akan ketinggalan di belakang.”

Kata-kata itu yang menjadikan dia berjaya sehingga ke hari ini.

Golongan yang mempunyai pendapatan pertengahan merupakan target market perniagaannya.

Sumber: The Edge, The Star, 99 Speedmart, Forbes, Enterprise Asia

Baca juga: Anak jati Muar Timbalan Ketua Juruteknologi NASA, 6 fakta menarik Florence Tan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI