TERDAPAT banyak kes kesalahan jalan raya yang melibatkan pesalah di bawah umur.

Lebih menyayat hati, ada yang melibatkan kes kemalangan maut dan kematian orang yang tidak bersalah.

Ibu bapa sebagai penjaga dan tunjang utama dalam mendidik anak-anak perlu peka dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal tingkah laku anak-anak.

Jangan sesekali membenarkan anak-anak yang masih di bawah umur memandu kenderaan atau menunggang motosikal kerana risiko kemalangan dan kecelakaan yang sangat tinggi.

Usah menggalakkan perbuatan yang membahayakan. Majlis Keselamatan Negara berkongsi ibu bapa dan waris boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

Baca juga: Syukur! Remaja lelaki hilang di Cheras kini dijumpai di Kedah, ini kejadiannya

Seperti sebuah video yang tular di laman sosial baharu ini, seorang wanita memuat naik sebuah video yang memaparkan anak lelakinya berusia 10 tahun memandu Perodua Kancil untuk ke sekolah.

Difahamkan, kenderaan yang dipandu turut membawa penumpang iaitu dua lagi anak wanita berkenaan.

“Bila mama dia lambat sangat nak hantar dia pergi sekolah. Anak 10 tahun bawak kereta ke sekolah, bawa kakak dan adik sekali. Hati-hati Qayyum,” titipnya.

Perkongsian oleh pengguna TikTok @shimahalil tersebut bagaimanapun menjadi viral dan tular. Ia didapati telah dimuat turun dan dikongsikan ke platform media sosial lain.

Polis Pontian menerusi laman sosial Facebook berkongsi telah menyiasat insiden membahayakan itu.

Iklan

Turut dilaporkan sepasang suami isteri iaitu ibu bapa kanak-kanak terbabit menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian hari ini selepas menyedari video berkenaan tular dan disiasat polis.

Menurutnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik telah mengesan video berkenaan dan menjalankan risikan terperinci.

Baca juga: Lima sahabat sehidup semati, terperangkap dalam kereta selepas kemalangan, berikut kronologi kejadian

Gambar hiasan

“Seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil berwarna merah. Di dalam kenderaan turut terdapat dua orang kanak-kanak pada bahagian penumpang hadapan.

“Anak lelakinya yang berusia 10 tahun telah memandu kenderaan tersebut membawa bersama adiknya perempuannya yang berusia enam tahun dan adik lelakinya berusia tiga tahun yang berada di bahagian penumpang hadapan sebelah kiri.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 10 Mei 2022 jam di Pekan Nenas, Pontian, Johor,” katanya.

Iklan

Difahamkan ketika itu kanak-kanak berkenaan berkenaan sedang bersiap untuk ke sekolah.

Video tersebut dipercayai telah dirakam oleh seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan kakak kepada pemandu kereta berkenan menggunakan telefon bimbit milik anaknya.

Ketua Polis Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata siasatan telah dijalankan dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika sabit kesalahan boleh dituduh di bawah seksyen yang sama iaitu memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000

Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak berkenaan memandu kenderaan di bawah umur boleh di dakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak Kanak 2001 yang mana kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.

Jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Gambar hiasan

Pemilik kenderaan yang merupakan ayah kepada kanak-kanak berkenaan juga boleh di saman di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor. Sabit kesalahan denda tidak kurang RM2,000.

Banyak sekali undang-undang yang sudah diperuntukkan untuk kes sebegini. Justeru, ibu bapa dan penjaga, ambil pengajaran daripada kes ini. Usah membiarkan anak yang masih bawah umur mengendalikan kenderaan.

Kejadian kemalangan membabitkan remaja bawah umur memandu tanpa lesen bukan isu baharu di negara ini.

Banyak sudah kes yang berlaku yang membawa kecelakaan. Baru-baru ini seorang remaja lelaki berusia 16 tahun merempuh dua pekerja mesin rumput hingga seorang daripadanya maut dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, Kuala Muda, Kedah.

Baca juga: 10 fakta 'laluan panas' Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI