SEJAK akhir-akhir ini video yang memaparkan gelagat kanak-kanak warga asing menjadi tular di pelbagai platform laman sosial.

Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati ialah tingkah laku samseng dipamerkan mereka apabila tidak diberikan wang.

Terdahulu tular video kanak-kanak warga asing yang berani mengetuk tingkap kereta yang berhenti di jalan raya untuk meminta wang.

Mereka mendakwa tindakan itu bukan sahaja satu perbuatan yang salah, sebaliknya kelakuan ‘lagak samseng’ menimbulkan rasa kurang senang.

Gambar hiasan.

Baca juga: Selepas Omicron, Muncul Pula Florona, Berikut 8 Info Mengenainya

Dalam kejadian di Bukit Bintang, seorang kanak-kanak warga asing berusia dalam lingkungan tujuh hingga sembilan tahun dilihat mempamerkan kelakuan kurang ajar terhadap pemandu kereta.

Menurut pengguna TikTok Afnan Asyraf, dia pada mulanya tidak 'melayan' kehadiran kanak-kanak itu.

Tidak lama selepas itu, kanak-kanak berkenaan mula berang dan menunjukkan telunjuknya ke arah lelaki itu seolah-olah sedang marah.

 

Iklan

Susulan itu, warga maya menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kanak-kanak terbabit.

Malah ada yang mencadangkan laporan polis dibuat susulan kehadiran mereka mengganggu lalu lintas dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

BAHAYA KALAU LUPA KUNCI PINTU

Iklan

'BERANI BETUL DIA..'

'KETUK CERMIN, TARIK PINTU'

Sehingga akhir Oktober 2021, terdapat kira-kira 179,830 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian  (UNHCR) di Malaysia.

Kira-kira 155,030 berasal dari Myanmar, terdiri daripada kira-kira 103,090 Rohingya, 22,540 Chins dan 29,330 daripada kumpulan etnik lain dari kawasan yang dilanda konflik atau melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar.

Baki individu ialah kira-kira 24,800 pelarian dan pencari suaka dari 50 negara yang melarikan diri dari peperangan dan penganiayaan, termasuk kira-kira 6,690 warga Pakistan, 3,700 warga Yaman, 3,280 warga Syria, 3,200 warga Somalia, 2,730 warga Afghanistan, 1,600 warga Palestin, 1,680 warga Sri Lanka dan Iraq.

Kira-kira 68 peratus pelarian dan pencari suaka adalah lelaki manakala 32 peratus adalah wanita.

Terdapat kira-kira 45,870 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Bca juga: Seram! Tular Video Penumpang Bas KL - Penang Tiba-Tiba Menari Buat Meremang Bulu Roma

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok Afnan Asyrafs, UNHCR Malaysia