Video pelajar IPT pakai baju Melayu, sampin ke kelas raih 1 juta tontonan, risau raya duduk rumah lagi

January 14, 2022
Oleh Azma ML

SEJAK tahun 2020, sambutan hari raya Aidil Fitri disambut dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ramai di antara kita tidak dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara di hari raya.

Biarpun pihak kerajaan sudah memaklumkan yang PKP tidak akan dilaksanakan dan larangan merentas negeri tidak lagi akan dilaksanakan, namun masih wujud segelintir yang bimbang tidak dapat berhari raya di kampung seperti sebelum ini.

Baca juga: Rasa Seperti Tertidur Satu Jam, Berikut Kronologi Kejadian Remaja Hilang 30 Jam Di Gua Musang

Seperi paparan video yang tular di laman sosial TikTok di mana sekumpulan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bertindak memakai baju Melayu lengkap bersampin untuk ke kelas.

@juliansheesh bila lagi kan #fyp #fypシ ♬ Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir

Pengguna TikTok dikenali sebagai @juliansheesh memuatnaik video berdurasi 20 saat itu berlatarkan lagu Seloka Hari Raya nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir.

Iklan

Mereka memaklumkan menerusi paparan video tindakan memakai baju Melayu lengkap bersampin itu hanyalah untuk suka-suka serta bimbang tidak dapat berhari raya di rumah lagi.

Setakat ini video berkenaan menerima 1 juta tontonan dan 155,000 tanda suka.

@juliansheesh Reply to @siakapstim43 betul tu hahah #fyp #fypシ ♬ Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir

Warga maya rata-rata terhibur melihat gelagat mereka dan memberikan komen lucu.

Iklan

- "Awalnya beraya hahahahahhaha.”

- "Selamat hari raya, sudah nampak awal anak bulan gamaknya ni.”

- "Orang cakap siap sedia repare awal-awal tak kalut.”

- " Jangan lupa bawa kuih-kuih raya sekali.”

- "Rindu suasana raya 2019.”

Baca juga: Kakanda Putera Mateen, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Bakal Bernikah 20 Januari, Majlis Berlangsung 10 Hari

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @juliansheesh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *