HARI INI

[VIDEO] Wanita Tionghua 'review' van jenazah buat ramai kagum. Perincian yang dibuatnya sangat ringkas, tapi jelas

[VIDEO] Wanita Tionghua 'review' van jenazah buat ramai kagum. Perincian yang dibuatnya sangat ringkas, tapi jelas

October 1, 2021
Oleh Farah Eliani

KINI, pada era serba canggih dan moden, rata-rata jurujual akan memanfaatkan medium media sosial bagi berkongsi info-info penting kepada pelanggan.

Tindakan itu bukan sahaja satu trend, tetapi cari mudah untuk para pembeli memahami servis atau barangan yang dijual, selain memudahkan transaksi jualan.

Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video yang menyaksikan seorang jurujual Toyota yang dikenali sebagai Lisa membuat ulasan sebuah kenderaan MPV jenis model Toyota Hiace.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan kenderaan itu telah diubah suai menjadi van jenazah yang sangat luas dan selesa.

Menurut Lisa, bumbung van tersebut diubah suai menjadi lebih tinggi untuk menjamin keselesaan penumpang di bahagian belakang.

Lebih menarik, pada bahagian belakang van jenazah itu juga, elemen tambahan seperti lampu spotlight ditambah bagi memudahkan urusan pengurusan jenazah pada waktu malam.

Iklan

Tidak hanya itu, ruang untuk meletakkan keranda turut disediakan agar proses memasukkan dan mengeluarkan jenazah mudah dilakukan.

Antara kelainan lain yang diketengahkan adalah di bawah ruang itu juga disediakan laci kecil bagi meletakkan barang.

Baca juga: Hanya sempat bergelar bapa tiga hari, anak Azmi Saat meninggal dunia

Iklan

Selain itu, terdapat tiga tempat duduk berserta dua alat pemadam api bersaiz kecil di dalam van jenazah berkenaan.

Pada bahagian kiri dan kanan van dilengkapi cermin yang boleh dibuka sama ada secara separuh atau sepenuhnya.

"Terdapat juga cermin di tengah-tengah antara penumpang hadapan dan belakang yang boleh dibuka bagi memudahkan proses komunikasi antara satu sama lain," beritahunya.

@lisa.toyotaJom tonton...Van Jenazah Bumbung Tinggi.😱👻 ##hiacemalaysia ##toyotaipoh ##toyotamalaysia ##tribe769 ##sabahatbosskay♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan kagum kerana itu kali pertama mereka melihat jurujual membuat ulasan mengenai sebuah van jenazah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *