SUKAN lasak di Malaysia semakin popular bukan sahaja dalam kalangan remaja malah orang dewasa juga dilihat turut sama ada yang terjebak.

Bagi yang amatur dan baru hendak berjinak-jinak dalam sukan ini, boleh mencuba salah satu sukan yang SinarPlus kongsikan. Mana tahu jika ada yang sesuai dengan jiwa. Tak salah untuk muncuba kan?

  1. Hiking

5 sukan lasak yang semakin digemari ramai tak kira peringkat umur

Terdapat banyak bukit atau gunung boleh kita teroka bagi mencabar keupayaan diri dalam dunia ‘hiking’.

Aktiviti tersebut bukan saja untuk kekal aktif, tapi kepada ‘kaki hiking’, mereka sanggup mendaki hingga ke puncak semata-mata mahu melihat keindahan alam semula jadi dan mencari kepuasan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

Tapi harus diingatkan bahawa jangan terus ‘hiking’ ke lokasi otai-otai, pergilah mendaki dekat gunung atau bukit yang sesuai dengan keupayaan tenaga.

  1. Water Rafting

5 sukan lasak yang semakin digemari ramai tak kira peringkat umur

Cabaran berakit dengan bot getah meredah arus deras sungai tidak kurang hebatnya juga. Apa yang penting sekali kita perlu ada pengetahuan sedikit tentang aktiviti ini.

Aktiviti ini boleh dilakukan secara solo ataupun berkumpulan.

Iklan

Berikut adalah lokasi water rafting yang boleh dijelajah antaranya adalah seperti:

  • Sungai Sedim - Kulim, Kedah.
  • Sungai Slim - Perak.
  • Sungai Selangor - Kuala Kubu Baru, Selangor.
  1. Zipline

5 sukan lasak yang semakin digemari ramai tak kira peringkat umur

Takut dengan ketinggian dan gayat? Jom cuba aktiviti yang tengah popular di Malaysia ini. Zipline ini lebih kurang seperti flying fox. Pernah dengarkan?

Peralatan yang digunakan sama sahaja tali yang memerlukan seseorang itu kawal sendiri untuk turun secara tergantung dari aras tinggi ke bawah.

Iklan

Lokasi yang menawarkan aktiviti seumpama itu adalah seperti di Sungai Pisang, Gombak Selangor atau boleh terus hubungi Skytrex Shah Alam yang berada di Taman Botani Negara Shah Alam.

  1. Ropeswing

5 sukan lasak yang semakin digemari ramai tak kira peringkat umur

Aktiviti seperti ini ibarat bunga yang baru hendak berputik dekat Malaysia. Seperti di luar negara memang sudah popular dan menjadi kegemaran kumpulan ‘extreme outdoor’.

Namun di Malaysia, sukan tersebut hanya berjaya dibuat sekitar jambatan jalan Kuala Kubu Baru, Bukit Fraser dengan ketinggian 60 meter.

  1. Waterfall Abseiling

5 sukan lasak yang semakin digemari ramai tak kira peringkat umur

Turun dengan menggunakan tali dari tempat tinggi merupakan aktiviti lasak yang masih popular dan digemari oleh geng sukan ‘outdoor’.

Bagi sesiapa yang ingin mencabar diri untuk mendaki gunung perlulah mahir dalam penggunaan tali.

Abseiling ini menggunakan tali dengan betul menuruni cerun bukit atau gunung. Lokasi abseiling korang boleh pergi ialah Air Terjun sungai Pisang, Gombak Selangor.