Artis Warner Music Malaysia menyumbang kepada kakitangan frontliners HKL

April 10, 2020
Oleh Wawann Mohd

SETELAH 23 hari menjalani Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik Covid 19, hari ini beberapa artis naungan Warner Music Malaysia turun padang untuk menyumbangkan 300 helai kemeja-T Ed Sheeran kepada kakitangan ‘frontliners’ Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Artis yang terlibat ialah Aizat Amdan dan artis baharu Hip Hop berhijab Malaysia, Bunga. Mereka turut serta membantu memunggah dan menyerahkan kemeja-kemeja T tersebut di HKL hari ini.

Aizat dan Bunga. FOTO: Warner Music Malaysia

Menurut Pengurus Bahagian Antarabangsa Warner Music Malaysia,  Yee Lisan, ia merupakan sumbangan kecil daripada Warner Music Group kepada para adiwira yang memerangi Covid 19.

Iklan

“Kami ada stok barangan berupa kemeja-t berkualiti yang akan terbazir begitu sahaja jika tidak digunakan. Jadi saya menyeru semua artis dan juga syarikat rakaman yang mempunyai lebihan stok cenderahati daripada kempen sebelum ini untuk sama-sama menderma kepada mereka yang memerlukan pada masa kini”.

“Sumbangan kami ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan besar para pekerja frontliners yang sanggup bergadai nyawa demi membantu rakyat Malaysia di kala ini.

Iklan

“Kami diberitahu bahawa para pekerja perubatan akan menyalin pakaian mereka di tempat kerja dan memakai kemeja-kemeja T ini apabila merawat para pesakit Covid 19,” ujarnya.

Pihak Warner Music Malaysia berharap agar bantuan sekecil ini dapat meringankan beban para kakitangan ‘frontliners’ yang memerangi pandemik Covid 19.

About Wawann Mohd

Biodata Penulis