Mandi ketika berpeluh bukan punca panau, ini rawatan dan cara elak

panau
November 29, 2021
Oleh Faezah Muda

PANAU adalah jangkitan yang berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia.

Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Panau boleh melibatkan semua peringkat umur. Bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan belia.

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, ini cara dikenali panau;

1. Tompok putih atau merah jambu

2. Permukaan berdebu atau kilat

3. Bulat atau bujur bercantum

4. Gatal di kawasan berkenaan

Iklan

Faktor-faktor penyebab panau pula adalah;

  • Cuaca panas dan lembab
  • Peluh yang berlebihan
  • Kulit yang berminyak
  • Imun yang lemah

kulit

Dalam pada itu, ini rawatan untuk panau;

1. Sapuan ubat selenium / propylene glycol

2. Sapuan ubat anti-kulat (econazole, dsb)

3. Ubat makan (oral) untuk kegatalan

4. Ubat makan (oral) anti-kulat

Kongsi Dr Kamarul Ariffin, rawatan tersebut dilakukan selama sebulan bertujuan mengurangkan kegatalan dan membunuh kulat Malassezia.

Namun begitu, setelah kulat mati, tompok putih akan masih ada pada kulit.

Tompok putih terbabit akan memakan masa berbulan-bulan atau bertahun untuk hilang.

Kita perlu bersabar untuk menunggu pigmen kulit tumbuh semula sehingga warna kulit menjadi sekata.

Iklan

Oleh itu, walaupun panau itu boleh sembuh, lebih baik kita berjaga-jaga bagi mengelak untuk terkena.

Baca juga Lelaki juga alami 'menopaus', ia dikenali sebagai andropaus

Jaga kebersihan kulit, ambil makanan bernutrisi dan aktif bersenam, agar imun badan sentiasa dalam keadaan baik.

Apa yang korang perlu tahu adalah panau tidak mudah berjangkit, kecuali jika imun badan rendah dan tidak menjaga kebersihan.

Tegas Dr Kamarul Ariffin, mandi dalam keadaan berpeluh selepas bersukan tidak akan menyebabkan panau.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *