AIRism Absorbent Sanitary Shorts UNIQLO berteknologi tinggi dicipta khusus untuk keselesaan wanita

November 8, 2021
Oleh Lynn Mazlina

PERUNCIT pakaian global terkenal, UNIQLO membawa berita gembira kepada wanita di luar sana apabila melancarkan AIRism Absorbent Sanitary Shorts.

AIRism Absorbent Sanitary Shorts merupakan feminine care innerwear untuk menyokong wanita yang melalui transisi kehidupan mereka.

Inovasi baharu itu sekali gus mempelbagaikan lagi barisan pakaian dalam Femcare UNIQLO.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

SinarPlus berpendapat, kaum Hawa sekalian wajib mendapatkan AIRism Absorbent Sanitary Shorts UNIQLO berdasarkan ciri-ciri yang diketengahkan:

-Ia merupakan underwear berinovasi yang menyerap cecair (mungkin lepas ini, tak perlu pakai pantyliner).
-Direka dengan tiga lapisan khas untuk kekeringan sepanjang hari.
-Pembinaan tiga lapisan itu terdiri daripada:

a) Lapisan kawalan cepat kering dan bau yang mengekalkan permukaan terhadap kulit selesa.
b) Lapisan penyerap yang mampu menampung hingga 30-40 mililiter cecair.
c) Lapisan kalis air yang diperbuat daripada kalis air yang dilaminasi.

Iklan


Lapisan penyerapnya yang meliputi kawasan kelangkang, manakala lapisan kalis air merentangi bahagian belakang sehingga ke pinggang, antara lain memastikan bahagian belakang keringnya sambil mengurangkan ketidakselesaan dan meminimumkan kebocoran.

Untuk pengetahuan anda, AIRism Absorbent Sanitary Shorts sudah boleh didapati di stor UNIQLO terpilih (UNIQLO Fahrenheit88 store, UNIQLO Mid Valley Megamall store, UNIQLO One Utama) atau melalui https://www.uniqlo.com/my/en/spl/wirelessbra-shorts#Underwear.

Dijual pada harga RM79.90, inovasi berteknologi yang memudahkan wanita itu mempunyai saiz S dan L.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

About Lynn Mazlina

Biodata Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *