Kepala ikan Flowerhorn, dagu panjang, bibir tupai kesan suntikan filler melampau

suntikan cantik
November 25, 2020
Oleh Izyan Liyana

SITUASI ini adalah normal apabila seseorang itu khususnya golongan wanita ingin memiliki wajah yang cantik dan menarik.

Justeru, selain mengamalkan rutin penjagaan wajah secara tradisional dan natural terdapat juga sesetengah kaum Hawa sanggup mengambil langkah berani menjalani kaedah moden sehingga mengubah keaslian bentuk wajah.

Satu daripadanya rawatan filler iaitu sejenis bahan sintetik disuntik ke dalam garis, lipatan dan tisu wajah.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia suntikan tersebut juga disebut pengisi dermal, implan suntikan, pengisi kedutan dan pengisi tisu lembut.

Cara tersebut dikatakan membantu mengurangkan kedutan dan mengembalikan keanjalan wajah yang semakin berkurangan seiring pertambahan usia.

Pada masa sama, suntikan filler digunakan untuk menghapuskan garis senyuman, menonjolkan pipi dan bibir serta menghapuskan bekas jerawat.

Sebilangan besar filler pada wajah boleh diserap. Oleh itu, ia menawarkan hasil sementara dari beberapa bulan hingga beberapa tahun bergantung pada produk.

Iklan

Bagaimanapun, nikmat 'kecantikan' yang dimiliki mungkin dikecapi dalam tempoh seketika sahaja. Mengapa?

suntikan wajah
Public Health Malaysia berkongsi illustrasi kesan wajah akibat terlebih mendapatkan suntikan filler.

Masalah akan berlaku jika suntikan dilakukan terlalu kerap dan banyak, tersalah produk serta tersilap tempat suntikan sehingga memudaratkan bentuk wajah.

Iklan

Kesan-kesan suntikan filler:
- Kepala berbentuk ala ikan Flowerhorn
- Batang hidung melebar
- Pipi seperti piring
- Pipi seperti tupai
- Bibir ala itik
- Dagu panjang

Artikel berkaitan: Gadis kemaruk suntikan filler demi bibir terbesar di dunia

Ingat ya, tiada salahnya melakukan kaedah moden, namun pastikan korang mendapat rawatan di klinik bertauliah.

Paling penting, ketahui limitasi dan jangan lakukan secara keterlaluan.

suntikan wajah

Sumber: Public Health Malaysia dan Freepik